marquee

Tuesday, July 26, 2011

Srikandi Agung, Saydatina Rabiatul Adawiyah..



Assalamualaikum..
Alhamdulillah ala kulli nikmah..Nikmah sihhah, wal barakah was salamah..Ashkuru lillah.. Ingin ana kongsi sedikit cebisan ilmu yang ditemui. Kali ini mengenai seorang srikandi agung, sangat ana kagumi, hormati dan seikhlasnya, tiada kalimah yang layak menggambarkan kemuliaan peribadinya.. Itulah Saydatina Rabiatul Al-Adawiyah... Subhanallah.. Nama beliau adalah Rabiah, manakala Adawiyah adalah ayahnya.. Teruslah mengkaji berkenaan riwayat srikandi mulia ini..

Pun begitu, ingin ana kongsi beberapa untaian doa dan kalimat yang sering meniti di bibir srikandi ini.. Moga ada manfaat yang terus mengalir daripadanya..

Ana telah mengambil sdikit ilmu daripada video ini...boleh download untuk banyak lagi perkongsian ilmiah..


***
Credit to: video made by: al_farisi25.upsi.murabbi.my

*Doa Perindu Cinta ILAHI..

Ya Allah..
Apa saja yang akan Kau kurniakan kepadaku berkenaan dunia,
Berikanlah kepada mereka yang memburunya..
Dan apa saja kebaikan yang akan kau kurniakan kepadaku berkenaan akhirat,
Berikanlah kepada hambaMu yang beriman
Kerana Aku hanya mahukan kasihmu Tuhan..
Wahai Allah..
jika aku beribadah kerana SyurgaMU..
Janganlah Engkau masukkan aku ke dalam syurga
Andai aku beribadah kerana takutkan nerakaMU
Maka lemparkan aku ke dalamnya..
Tetapi wahai Tuhanku..
Jika aku beribadah kerana inginkan keredhaanMU,
Maka jangan Engkau sia-siakan daku..

*Ucapan Srikandi Rabiatul Adawiyah di tengah kesunyian malam tatkala bermunajat pada Allah:

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berlindung diri kepada Engkau,
Daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMU,
Daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau.

Tuhanku,
Bintang-bintang telah menjelma indah,
Mata telah tidur nyeyak,
 Semua pemilik telah menutup pintunya
Dan inilah dudukku di hadapanMU.

Tuhanku,
Tiada kudengar suara binatang mengaum,
Tiada desiran pohon bergesel,
Tiada desiran air yang mengalir,
Tiada siulan burung menyayi,
Tiada nikmatnya teduhan yang melindungi,
Tiada tiupan angin yang nyaman,
Tiada dentuman guruh yang menakutkan,
Melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti KEESAANMU
Dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamaiMU.

“Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapanMU. Maka moga-moga Engkau berikan satu pandangan kepadanya yang akanmenahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepadaMU.”

“Jika aku menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMU, maka bakarlah aku di dalamnya
Jika aku menyembahmu kerana tamak kepada syurgaMU, maka haramkanlah aku daripadanya.
Tetapi jika aku menyembahMU kerana kecintaanku kepadaMU, maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMU yang MAHA BESAR dan MAHA MULIA itu”
-Srikandi Agung, Saydatina Rabiatul Adawiyah..
***
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang memiliki hati seikhlas saydatina Rabiatul Adawiyah..
Mencari dan terus mencari cinta MU..

Tiada kalimat mampu kugambarkan berkenaan dirimu..wahai Srikandi Agung, Saydatina Rabiatul Adawiyah..

Allahu Rabbi..

Thursday, July 21, 2011

Satu Cermin Beragam Gambar

Assalamualaikum, alhamdulillah, ingin ana coretkan sedikit ilmu yang telah ana temui hari ini. Dalam perjalanan menuju ke hospital, sambil kereta dipandu laju oleh kakak-kak E, ana tekun membaca sebuah buku. Menjemput Roh Ibadah-Solat, Doa, Zikir, Al-Quran karya Shahriman Wahap-bekas penuntut undang-undang UM. Sejak kebelakangan ini, ana cuba terapkan amalan membaca sebanyak mungkin walau di mana berada. Kerana dari membaca lahirnya tahu, tersingkap rahsia, terselak hikmah. Dengan membaca kita mengetahui rahsia. Subhanallah...

Sedang ana khusyuk membaca, terbelek helaian di muka 52.. Ada ayat yang menarik hati ana, mencetuskan rasa ingin tahu..  Sangat berhikmah.. Ini mesti ana sebarkan, supaya semua TAHU. Dari TAHU mencetuskan MAHU. Di situ bermula satu proses untuk mengiktiraf keagungan ilmuNYA! Ya, IKTIRAF ANUGERAH.
 
Satu Cermin Beragam Gambar

Ikhlas ana coretkan kembali setiap kalimah dalam ruangan ini. Moga ada hati-hati yang dapat mengambil manfaat. Itu matlamatnya. Ilmu mesti disebar.

***
Hati manusia ibarat cermin yang tidak melihat selain yang ada di hadapannya. Semua yang diletakkan di hadapan hati kita akan mampu menguasai gerak-geri kita. 

Jika kita meletakkan harta  di hadapan hati, kita akan melihat dengan jelas harta ini menguasai  segala perbuatan kita dan kita pun menjadi pengikut dan pencinta harta. Lebih jauh lagi, apabila kita meletakkan seorang perempuan yang tidak halal di depan mata, maka kita pun akan jatuh di dalam perbuatan haram. Anehnya, ada beberapa orang yang meletakkan banyak gambar di hadapan cermin hati mereka. 
 
Firman Allah SWT:
 
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia cinta kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik."
(Surah Ali Imran: 14)
 
Dengan keadaan hati yang berhadapan dengan banyak gambar yang saling berhimpitan, mampukah kita menyematkan 'Al-Quran' dan 'cinta Allah' di hadapanNYA? Ya, kita boleh iaitu dengan melazimi solat malam! Melaluinya, kita akan membuatkan cermin hati ini hanya akan menatap satu gambar. 

Orang yang mencuba merasakannya sahaja yang akan mengetahui hakikatnya dan orang yang tahu akan mengakuinya. Ibarat gula; kalau tidak dicicipkan, mana kan dapat merasa nikmat kemanisannya. Bukankah demikian?

***
Subhanallah, setiap kalimah agung ilmu Allah ini telah ana tuliskan, walaupun hakikatnya, hanya tinta emas yang lebih layak untuk menukilkan kalimah para ilmuan ini.

SUNGGUH  ILMUMU AGUNG  YA ALLAH..

Allahu Rabbi...

Jangan cepat nak jadi hebat.

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..Syukur padaNYA, memberi kelapangan waktu untuk ana meneruskan zikir-zikir cinta padanya sekalipun melalui tulisan-tulisan bisu seumpama ini. Ada ilmu untuk diterokai, ada pengalaman untuk dikongsi, ada hikmah untuk diteladani. Subhanallah..
 
Terfikir lama membayangkan realiti hidup yang bakal ditempuh. Jaraknya belum pasti, tapi ada  takdir dan ketentuan yang menanti. Mungkin ajal datang menjemput sebelum sempat bertemu esok. Itu janjiNya. Namun kita sebagai hamba, jangan lupa tanggungjawab hidup perlu diurus sebaiknya. Kelak amanah ini mampu dibentang seindahnya tanpa sesalan. Hidup mesti bijak merancang. Merancang masa depan bererti merangcang sebuah kehidupan. Merancang kehidupan terbaik adalah matlamat dan impian hamba, yang belum tahu di mana destinasi akhirnya. Syurga atau neraka. Merancanglah dengan bijak. Ingati Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
 

"Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung.
 
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
 
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."
 
 
Untuk coretan kali ini, ingin ana kongsi sedikit idea daripada secebis bacaan yang telah menggegarkan jiwa, memantapkan diri dalam menuju transformasi. Sungguh ilmuNya amat suci. Menyingkap tabir rahsia agung, membuka tirai-tirai keaiban dalam diri yang hanya mampu disedari oleh diri sendiri yang mahu tahu.

Kagum dengan idea penulis Solusi, Ustaz Umar Muhammad Noor-Menjadi kismis sebelum anggur. Isu 30. Benar ideanya. Proses untuk menjadi matang adalah proses yang lama. Ia memerlukan masa untuk menjadi hebat. Lihatlah resmi pokok, sebelum ia menjadi pokok yang mampu mengeluarkan buah yang sangat enak dan berkhasiat, ia telah melalui tempoh yang amat lama untuk menjadi subur dan matang. Bermula dari ditabur benih, kemudian mengeluarkan anak-anak pokok yang kecil, kemudian ia hidup dengan berani, kemudian ia makin tinggi, tetap teguh berdiri walau ditiup angin. Ia tetap teguh dan bersemangat untuk hidup. Kerana ia memang ingin hidup. Hebat, tapi adakah ia membesar dan tumbuh subur dengan cepat? Tidak, bahkan ia menuntut satu tempoh masa yang amat lama untuk matang. Banyak cabaran dan halangan perlu ditempuh untuk menghasilkan buah yang enak.


Begitu juga kita sebagai ahli ilmu. Selagi kita bergelar hamba, selagi itulah kita penuntut ilmuNYA. Perjuangan untuk menjadi ahli ilmu memerlukan tempoh masa yang lama. Bukan mudah untuk menjadi ahli ilmu yang hebat. Kita memerlukan masa untuk memastikan ilmu itu matang dalam diri, agar ia hidup sebati dengan jiwa. Ilmu juga ada rohnya. Andai penuntut sekadar memiliki jasad ilmu tanpa rohnya, ilmu itu pasti mati. Kita memerlukan masa untuk memastikan roh ilmu itu terus subur dan kuat tertunjang dan terpasak dalam diri.

Jangan cepat merasakan kita hebat dan cukup dengan ilmu yang ada. Kita tidak akan mampu menjadi hebat jika kita ingin mendapatkan semuanya dengan cepat. Ia tidak akan masak sebelum sampai waktunya. Ia tidak mampu membesar dengan matang. Lebih malang, ia menghasilkan sesuatu yang buruk. Umpama buah yang tidak melalui tempoh pembesaran yang baik, ia pasti menjadi buah yang tidak enak, tidak cantik, berulat dan kita tidak dapat memanfaatkan buahnya lagi. Kita bimbang ilmu kita kelak tidak mampu memberi manfaat. Hilang keberkatannya.

Jangan cepat nak jadi hebat. Usah melawan fitrah, kelak mudarat tak mampu ditanggung. Biarkan ilmu kita matang mengikut fitrahnya. Bagilah ia ruang masa untuk mematangkan isinya. Pasti ia mampu mengeluarkan natijah terbaik apabila berjaya melalui proses yang betul. Lihatlah ilmuan agung, ilmu penuh di dada, kata-kata mereka berhikmah, hujah mereka dijadikan panduan, pandangan dan idea sentiasa dihormati. Itulah tanda keberkatan pada ilmu telah ada. Kesungguhan mereka menuntut ilmu dengan sabar dan tekun menghasilkan ilmu-ilmu yang cukup hebat, terus mengalir, digunakan sampai ke hari ini.


Ana nukilkan syair karya Imam Syafie untuk sama-sama kita fikirkan...

Saudaraku, kamu sekali-kali tidak berupaya mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara ;
cerdik, aktif mencari ilmu, tekun berusaha, kehidupan yang memadai, mengakrabi ustaz (ilmuan) dan masa yang panjang.
 
Masa yang panjang...
 
Allahu Rabbi..

Saturday, July 16, 2011

Penggunaan Najis di dalam Perubatan

Assalamualaikum..lagi perkongsian.Ana ambik dari sini halaqah.net
Ummi Munaliza:


4. Xeno transplantation

Dalam membincangkan mengenai pemindahan anggota, tisu atau sel kita akan berkenalan dengan istilah-istilah yang pelbagai. Antaranya ialah auto graft, isograft, allograft dan xenograft. Perbezaan istilah ini menunjukkan kepelbagaian pemindahan yang dilakukan. Kita hanya akan membincangkan mengenai xenograft ataupun xano transplantation.

Apakah yang dimaksudkan dengan xenotransplantion? Istilah ini secara dasarnya digunakan pada pemindahan cell hidup, tisu dan organ dari satu spesis kepada satu spesis yang lain. Sebagai contohnya pemindahan organ dari khinzir kepada manusia. Xeno trasnsplantation ini biasanya melibatkan pemindahan sel, tisu dan organ daripada khinzir, babon atau chimpanzi kepada manusia.

Namun yang sering berlaku dan masih dalam kajian yang pesat ialah penggunaan organ khinzir bagi mengganti dan menampung kekurangan organ manusia untuk merawat pesakit yang memerlukan. Semestinya apa sahaja yang terhasil dan diambil daripada haiwan ini adalah najis dari segi syarak.

Antara negara yang menjalankan kajian xeno transplantation ini ialah Amerika Syarikat, Kanada, Jerman , Spanyol dan Belgium. Ianya berperanan sebagai alternative kepada organ manusia. Penyelidikan awal juga merancang untuk menjadikannya sebagai ubat kanser, AIDS, kencing manis, kegagalan fungsi hati dan merawat penyakit Parkinson ataupun sekurang-kurangnya dengan adanya organ haiwan boleh digunakan sebagai organ sementara sebelum mendapat organ manusia.

Sebab utama penggunaan khinzir ialah memandangkan ianya senang didapati dan saiz organnya yang hampir menyamai organ manusia. Faktor utama berkembangnya kajian untuk menggunakan organ khinzir ialah kerana berlaku kekurangan organ. Sebagai contohnya apa yang berlaku di Kanada, 3 daripada 10 orang pesakit mati semasa menunggu untuk mendapatkan organ. Manakala Amerika sahaja membeli sebanyak 200 hingga 300 organ setiap tahun dari negara membangun.

Antara pemindahaan yang telah pernah dilakukan ialah pemindahan injap jantung khinzir untuk mengganti injap jantung manusia yang bermasalah. Kajian saintifik bependapat kebanyakan organ khinzir seperti jantung, buah pinggang dan hati boleh digunakan untuk pemindahan organ. Bagi mengatasi masalah penolakan organ, di Edinburgh Scotland telah dicipta khinzir melalui teknologi genetic engeneering yang diberi nama "double knock-out pig".

Khinzir ini berbeza daripada khinzir biasa, di mana ianya dipercayai tidak mempunyai agen yang menyebabkan penolakan (rejection) pada penerima.
Walaubagaimanapun banyak masalah yang sememangnya dibimbangi berlaku dengan penggunaan khinzir dalam pemindahan organ ini. Apa yang ditakuti sekali ialah kuman dan virus yang ada pada khinzir yang boleh menyerang pesakit. Setakat ini kejayaan yang dicapai masih berada pada tahap rendah dan ramai pesakit yang  mencuba akhirnya menemui ajal.

Biar apa pun yang berlaku, xeno transplantation merupakan projek saintifik jangka masa panjang yang pesat dikaji oleh saintis barat, yang berpendapat perlunya pemindahan organ bagi melangsungkan kehidupan pesakit.
Ummi Munaliza:


5. Pemindahan dan pembersihan darah

Darah merupakan cecair yang cukup penting dalam badan manusia. Kandungan utamanya terdiri daripada plasma dan sel darah ( sel darah merah dan sel darah putih) merupakan elemen penting untuk meneruskan kehidupan normal manusia.

Fungi utama darah ialah sebagai pengangkut kepada gas seperti oksigen dan karbon dioksida, makanan yang dicerna dalam bentuk molekul yang ringkas dan ejen yang menjaga tubuh daripada serangan kuman.

Pemindahan dan pendermaan darah berlaku apabila terdapat pesakit yang mengalami kehilangan darah yang kronik seperti dalam kes kemalangan, pembedahan dan lain-lain. Sebenarnya kaedah pendermaan darah ini baru sahaja terjadi pada kurun ke-20 dan kejayaan pertama pemindahan darah berlaku di London pada tahhun 1921.

Manakala pembersihan darah bisanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Mengapa pemindahan dan pembersihan darah diletakkan dalam topik perbincangan kita? Jawapannya, kedua-dua proses ini melibatkan keluarnya darah daripada tubuh manusia.

Darah yang keluar dari tubuh manusia pada pandangan Islam merupakan najis mutawasittah. Contohnya dalam kes pemindahan darah yang mana darah dipindahkan daripada penderma kepada pesakit yang memerlukan. Dalalm kes pembersihan darah (heamodialisis) darah dari pesakit dikerluarkan dari badan dan dicuci menggunakan alat heamodialisis sebagai ganti buah pinggang yang berperanan untuk menapis dan  membersihkan darah.
Ummi Munaliza:


6. Alkohol

Alkohol merupakan sejenis bahan yang sudah digunakan sejak turun temurun dalam sejarah peradaban manusia. Bukan sahaja sebagai minuman, alkohol juga mempunyai nilai perubatan yang tidak kurang pentingnya. Firman Allah SWT :

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir." Surah al-baqarah ayat 219.

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa arak mempunyai manfaat, namun dosanya lebih besar daripada faedah yang ada. Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemprosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptik dan sebagai pelarut disamping juga sebagai bahan untuk mencucikan kulit. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang sangat beracun.

Jadi di sini terdapat 2 jenis alkohol yang berpunca daripada sumber berbeza , satu daripada proses penapaian dan daripada petroleum. Perbincangan mengenai najis atau tidak alkohol yang berasal daripada petroleum turut menjadi khilaf dikalangan ulama.
Ummi Munaliza:

Pengguanaan najis dalam tibbul nabawi

Rasullah s.a.w sebagai Rasul terunggul, Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi s.a.w sendiri pernah menganjurkan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam hadis Sahih Bukhari :

Maksudnya: "Bahawa serombongan suku ‘Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda kepada mereka:

"Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab: "Baiklah." Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu dan merampas unta-untanya." (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas Nabi s.a.w mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada sakit pada tubuh akibat keadaan cuaca di Madinah. Jelasnya air kencing merupakan najis, namun dibenarkan oleh Nabi s.a.w untuk diminum sebagai penawar penyakit. Persoalannya sejauh manakah Islam membenarkan penggunaan najis dalam merawat penyakit?

Tambahan :
Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa hayat Nabi s.a.w, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam perubatan Nabi s.a.w. Sebagai contohnya Nabi s.a.w membenarkan Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi s.a.w membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang dibuat dari emas kerana darurat.
Ummi Munaliza:

Penggunaan najis dalam perubatan alternatif

1. Terapi air kencing

Bunyinya sahaja sudah memualkan. Percaya atau tidak, ada segolongan manusia yang menggunakan air kencing sendiri sebagai rawatan pencegahan
penyakit. Dalam amalan perubatan ini, air kencing diminum untuk mencegah dan merawat penyakit-penyakit tertentu.

Manusia yang pertama menjumpai kaedah ini ialah bekas perdana menteri India, Moraji Dasai. Ada juga yang mengatakan ianya dijumpai oleh petani dari China. Sudah tentunya masalah utama yang timbul bagi pengamal perubatan ini ialah masalah psychology sebelum mencubanya. Bagi pengamal terapi air kencing ini, keistimewaannya sudah tentulah kerana kos yang tidak perlu dikeluarkan dan ianya boleh didapati di mana sahaja kita berada.

Jijik atau tidak, suci ataupun najis, penggunaan terapi air kencing ini, ianya sudah diterima oleh sekelompok masyarakat yang percaya akan khasiatnya. Antara kandungan yang ada dalam air kencing dan faedahnya ialah:

a. Menurut pakar bedah Itali, Stanislau R Burzynski, anti neoplastin yang ada secara berasingan dalam urine menunjukkan keputusan yang menakjubkan dalam merawat penyakit kanser.

b. DHEA (dehydroepindrosterone) yang ada hubungan dengan hormon testosterone dipercayai bertindak sebagai anti penuaan, anti kanser dan anti
kegemukan.

c. Urea yang dikitar oleh mulut akan ditukarkan kepada amino acid yang penting, bermanfaat untuk badan.

d. 95% urine adalah air, 2.5 % adalah urea dan 2.5% adalah mineral, garam, homon dan enzyme. Semua bahan-bahan ini menjadi steril selepas dikeluarkan dari badan.

e. Untuk merawat allergic terutamanya penyakit asma.

f. Rawatan sembelit yang konik

g. Rawatan penyakit kulit

Kesan Pemakaian Organ dan Tisu Binatang Terhadap Ibadat Solat

Assalamualaikum, lagi perkongsian.Ana petik dari sini moga ada manfaat bersama
 
www.iluvislam.com
dihantar oleh : permata emas *
editor:IskethaykaL


Perkaitan Ibadah Solat dan Organ Gantian

Perbincangan mengenai pengamalan ibadat solat merupakan suatu perkara begitu penting di dalam kehidupan setiap orang yang beriman. Hal ini kerana kewajipan menunaikan ibadat seperti solat adalah suatu yang tidak boleh dikompromi kerana ibadat adalah pemangkin kepada keteguhan dan kekebalan iman dan akidah yang merupakan nadi kepada agama yang juga merupakan perkara pertama dan utama dalam prinsip-prinsip syariah. Oleh kerana orang Islam wajib melaksanakan beberapa aktiviti ibadat yang berbentuk harian seperti solat, maka perbincangan berkaitan topik ini amat mustahak di mana di dalamnya diutarakan pandangan ulama Islam dan turut dikemukakan beberapa cadangan sebagai penyelesaian kepada mereka yang terlibat.

Terdapat pesakit yang terpaksa memakai alat ganti atau organ daripada binatang termasuklah daripada binatang yang haram dimakan. Dalam sesetengah situasi, pesakit juga terpaksa menerima organ daripada orang lain bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Dalam dua keadaan ini, apakah sikap Islam dalam menyelesaikan persoalan ibadat dan bersuci (thaharah)?

Hasil Organ Gantian Yang Tidak Memberangsangkan

Lapangan perubatan moden hari ini kian bertambah maju dengan wujudnya organ-organ gantian yang diambil daripada binatang sebagai menggantikan organ atau tisu yang rosak pada tubuh manusia. Sebenarnya ketika era pemerintahan Abbasiyyah, pakar-pakar perubatan Islam telah pun mengkaji dan meneroka penggunaan organ binatang untuk kegunaan manusia. Zakariyya al-Qazarini (600-682 H/ 1203-1283 M) telah mengasaskan penggunaan tulang-tulang babi untuk merawat pesakit yang bermasalah tulang.

Percubaan melakukan pemindahan organ atau tisu haiwan kepada manusia dalam zaman moden ini telah bermula sejak 46 tahun yang lalu di mana sebanyak 30 percubaan telah dijalankan. Namun, kesemuanya gagal dan berakhir dengan kematian pesakit beberapa jam hingga menjangkau kepada beberapa bulan selepas pembedahan menurut sumber laporan yang diterbitkan oleh University of Pittsburg, Pennsyvania, Amerika Syarikat. Contohnya pada bulan Februari 1966, Jeff Getty penghidap AIDS telah diberikan sel daripada sumsum tulang babun. Rawatan tersebut menampakkan peningkatan terhadap kesihatannya. Malangnya, ia tidak bertahan lama dan pembedahan tersebut tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan kerana tidak banyak sel kekebalan babun dapat hidup dalam badan manusia. Walaupun percubaan tersebut tidak menampakkan kejayaan penuh, namun apa yang lebih penting, ianya menjadi pembuka jalan kepada penerokaan baru dunia perubatan terhadap penggunaan alat gantian daripada binatang.

Menurut laporan penyelidikan yang telah dijalankan, pemindahan organ haiwan kepada manusia masih gagal ditangani dengan baik, malah tindakan tersebut telah mengundang risiko yang tinggi kepada kematian pesakit. Para saintis mendapati bahawa tisu dan darah babun mempunyai sejenis virus yang berbahaya kepada tubuh manusia. Contohnya, virus HIV yang dideritai oleh pesakit AIDS mempunyai versi yang sama dengan virus SIV  (Simian Immunodeficiency Virus) yang menjangkiti monyet-monyet di Afrika. Hal ini terbukti melalui kajian yang dibuat pada tahun 1967 ke atas ginjal monyet mendapati sejenis virus yang sangat berbahaya wujud dalam ginjal tersebut. Virus tersebut dikatakan pernah menjangkiti beberapa individu yang akhirnya mengakibatkan kematian.


HIV dan SIV

Apa Kata Islam dalam Perkara Ini?


Di Malaysia, pakar-pakar sains dari Universiti Sains Malaysia dan Bank Tisu Negara juga telah berjaya menemui tisu graf amnion daripada kulit kambing yang boleh menyembuhkan pelbagai kesan luka termasuk kesan lecur akibat kebakaran khususnya di bahagian muka. Alat ganti tubuh manusia ini dihasilkan melalui gabungan tisu selaput uri (plasenta) kambing dan sinar gamma (dari teknologi nuklear) yang dipancarkan kepada pesakit. Bagi menjawab persoalan apakah hukum solat seseorang pesakit yang memakai alat gantian organ ini yang najis seperti diambil daripada bangkai atau daripada najis mughallazah seperti babi dan sebagainya, sebenarnya terdapat beberapa ayat al-Quran yang mengharamkan penggunaan bahan najis. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah: 173)


Firman-Nya lagi yang bermaksud :

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya), binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul,
dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya).
(Surah al-Maidah: 3)


Nas-nas di atas dengan jelas mengatakan bahan-bahan najis adalah sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan. Pengharaman tersebut bukan sahaja untuk tujuan makanan, tetapi juga meliputi perkara-perkara lain termasuklah perubatan. Pengharaman tersebut akan terangkat dan harus di dalam keadaan keadaan darurat sepertimana yang disebutkan di akhir kedua-dua ayat tersebut.


Darurat Atau Tidak?

Terdapat perbezaan yang ketara antara orang yang berada dalam keadaan kelaparan yang amat sangat dan tiada makanan lain untuk dimakan kecuali makanan-makanan yang haram dengan orang yang sakit. Orang yang pertama diharuskan memakan makanan yang haram kerana dia berada dalam darurat seperti yang disebutkan dalam kedua-dua nas di atas. Jika kelaparannya tidak sampai ke tahap darurat, maka dia tidak harus memakan makanan yang haram. Berbeza dengan orang yang sakit, dia boleh menggunakan bahan-bahan yang haram bertujuan untuk perubatan semasa darurat dan hajat (peringkat yang tidak sampai kepada darurat). Oleh itu, penggunaan anggota, organ dan tisu palsu oleh pesakit mempunyai tiga keadaan ;

Pertamanya ; penggunaan ketika darurat, ia diharuskan berdasarkan keumuman dua firman tersebut. Sekiranya bahan-bahan najis harus dimakan ketika darurat, maka penggunaan alat palsu yang diperbuat daripada bahan-bahan najis lebih wajar diharuskan kerana ia tidak melibatkan pemakanan tetapi penggunaan sahaja.

Keduanya ; penggunaan alat palsu yang dihasilkan daripada bahan-bahan najis semasa hajat diharuskan jika anggota, organ atau tisu tersebut memang suatu yang diperlukan untuk melengkapkan kehidupan hariannya.

Ketiganya ; penggunaan anggota, organ atau tisu palsu yang diperbuat daripada bahan-bahan najis tanpa ada keperluan dan hajat untuk diri dan kehidupan adalah tidak diharuskan kerana ia mengganggu ibadat solat yang disyaratkan supaya dikerjakan di dalam keadaan bersih dan suci daripada segala najis.

Walaubagaimanapun, terdapat fatwa lain daripada sebahagian ulama mazhab Hanafi yang mengatakan najis yang bertukar rupa dan bentuk asalnya serta hilang sifat-sifat kenajisannya (bau, warna dan rasa), maka kenajisannya gugur dan dengan itu ia bukan lagi dianggap najis. Justeru, anggota, organ atau tisu palsu yang diperbuat daripada bahan-bahan najis tidak dianggap najis lagi kerana ia telah bertukar rupa, bentuk dan sifat-sifat asal najis. Dengan itu, ia boleh digunakan tanpa perlu tertakluk kepada keadaan darurat atau hajat seperti yang dihuraikan. Fatwa ini jelas bercanggah dengan pandangan di atas yang dinyatakan dengan jelas najis adalah najis walau apa keadaan sekalipun. Namun begitu, dalam keadaan tertentu dibenarkan penggunaannya semata-mata kerana darurat atau hajat.

Sekiranya anggota, organ atau tisu diambil daripada binatang yang halal tetapi tidak disembelih, terdapat perbezaan pendapat mengenainya. Menurut pandangan mazhab Hanafi, anggota atau bahagian badan bangkai binatang yang keras dan tiada pengaliran darah seperti tulang, tanduk, gigi, kuku dan sebagainya adalah tidak najis. Alasan yang diberikan ialah sebab kenajisan anggota atau bahagian bangkai kerana wujudnya kotoran-kotoran cecair seperti darah dan lender-lendir yang ada pada anggota tersebut manakala anggota atau bahagian binatang yang keras tidak terdapat kotoran tersebut.

Mazhab Syafi’i dan jumhur ulama pula berpandangan semua bahagian bangkai adalah najis termasuklah bahagian yang keras. Berdasarkan pandangan mazhab Syafi’i, sekiranya terdapat anggota atau bahan lain yang bersih dan boleh digunakan pesakit, maka penggunaan anggota atau bahagian tertentu daripada bangkai adalah tidak diharuskan kerana ia akan mengganggu ibadat solat yang hanya sah dilakukan dalam keadaan bersih sahaja. Jika seseorang yang menggunakan apa-apa anggota atau bahagian bangkai sebagai bahan gantian pada tubuhnya, kemudian selepas itu dia mendapati sesuatu gantian lain yang bersih dan suci, maka terdapat perselisihan pendapat di dalam mazhab Syafi’i, iaitu ;


1. Dia wajib mencabut apa-apa bahagian najis yang digunakannya sekiranya tindakan tersebut tidak mendatangkan sebarang mudarat pada dirinya. Jika ia tidak mendatangkan kesan buruk, maka dia tidak perlu mencabutnya lagi.

2. Dia wajib mencabut bahagian tersebut walaupun tindakan tersebut mendatangkan mudarat kerana ia telah melampaui had-had halal. Pandangan pertama adalah pandangan muktamad di dalam mazhab Syafi’i disebabkan oleh ketiadaan unsur-unsur ‘melampaui batas’ di dalam kes ini kerana ia dilakukan ketika anggota yang bersih dan sesuai tiada.

Penulis berpandangan bahawa pendapat yang mengatakan objek-objek keras yang diambil daripada bangkai binatang adalah tidak najis adalah pandangan yang kuat lantas ia diharuskan sebagai organ gantian dalam badan manusia tanpa dibatasi oleh darurat. Namun, penggunaan tersebut syaratnya mestilah ianya tidak memudaratkan tubuh badan pesakit. Anggota, organ atau tisu binatang yang tudak disembelih dan bersifat lembut seperti jantung, hati dan lain-lain, penggunaannya tidak diharuskan kecuali semasa hajat dan darurat sahaja kerana kesemua organ tersebut adalah najis di sisi semua mazhab. Penggunaan anggota, organ dan tisu yang diambil daripada binatang yang haram dimakan juga sama hukumnya dengan penggunaan angota, organ dan tisu bangkai yang halal dimakan kecuali anjing dan dan babi.

Berkaitan anggota, organ dan tisu babi, Imam al-Qurtubi mengatakan tiada perselisihan di kalangan ulama tentang kenajisan seluruh badan babi melainkan bulunya sahaja. Malah, terdapat sebahagian ulama yang membenarkan penggunaan bulunya. Akan tetapi, kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafi’i mengharamkan penggunaan bulu haiwan tersebut. Dalam hal kenajisan anjing pula, para ulama bercanggah pendapat di mana mazhab Syafi’i dan Hanbali menganggap anjing binatang yang najis ‘ain (tubuh badan) termasuklah air liur dan peluhnya. Dalil yang menunjukkan kenajisannya ialah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

 “Apabila anjng menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka hendaklah dibasuh bekas tersebut tujuh kali, salah satu daripadanya air bercampur tanah.”

Pandangan yang muktamad di dalam mazhab Hanafi pula menganggap bahawa anjing bukan najis ‘ain, tetapi yang najis hanya mulut dan air liurnya sahaja berasaskan hadith di atas yang hanya mengkhususkan basuhan tujuh kali pada jilatan sahaja. Ulama daripada mazhab Maliki pula berpendapat anjing tidak najis sama seperti binatang-binatang lain. Berhubung dengan hadith di atas, mereka mengatakan basuhan tersebut hanya sebagai suruhan ta’abbudi (semata-mata perintah agama tanpa sebab). Pandangan mazhab ini bertepatan dengan keumuman ayat al-Quran yang bermaksud :

 … dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu.
(Surah al-Maidah: 4)


Ayat ini membenarkan seseorang memakan hasil buruan yang menggunakan anjing dan menyatakan kenajisan binatang itu yang dijadikan alat memburu. Firman ini juga datang tanpa diterangkan kewajipan membasuh buruan yang digonggong oleh anjing. Justeru, ayat ini sudah tentu menguatkan lagi pandangan mazhab Maliki.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada perbincangan di atas ialah penggunaan apa-apa anggota anjing yang keras seperti tulang, kuku dan seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam situasi darurat berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh mazhab Syafi’i dan Hanbali. Namun, pandangan yang lebih dominan di dalam mazhab Hanafi dan Maliki, penggunaan apa-apa anggota atau bahagian anjing yang keras adalah dibenarkan sekalipun tiada darurat untuk berbuat demikian. Adapun bahagian dalaman yang bersifat lembut, penggunaannya pula mestilah dibatasi dengan darurat atau hajat kerana organ atau bahagian tersebut adalah najis di sisi semua mazhab kerana ia daripada bahagian bangkai yang diselaputi oleh kotoran-kotoran cecair. Oleh itu, penggunaannya dihadkan ketika hajat atau darurat sahaja. Mazhab Maliki menganggapnya sebagai najis kerana ia adalah cecair binatang yang merupakan najis walaupun binatang itu sendiri adalah suci.

* Zulkifli Muda dan Nizaita Omar (Julai 2003). Jurnal Syariah, jil. 11, bil. 2. Kuala Lumpur : Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Xenotransplan: Pemindahan sel haiwan ke manusia

Assalamualaikum..lagi perkongsian. Ana ambil dari sini kesihatan-pmrsibu.blogspot.com.

Moga ada manfaat bersama..

MUNGKIN ramai tertanya-tanya maksud Xenotransplan yang tidak disebut secara meluas seperti pendermaan organ atau pemindahan Stem Cell (sel induk). Mungkinkah terdapat kaedah rawatan yang digunakan seawal abad ke-20 yang lebih berkesan merawat diabetes, kecacatan mental dan juga kanser? Jika benar, mengapa baru kini ia ‘tiba’ di negara ini?

Xenotransplan adalah pemindahan sel, tisu atau organ di antara dua spesies yang berlainan seperti di antara haiwan dengan manusia. Pemindahan Stem Cell pula adalah pemindahan sel induk yang berpotensi menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang rosak atau memperbaiki kecacatan pada organ.

Xenotransplan Stem Cell pula adalah kaedah rawatan pemindahan sel induk daripada haiwan kepada manusia dan ia telah mula digunakan di ketika Perang Dunia Kedua lagi. Lebih lima juta orang telah menggunakan kaedah rawatan tersebut sejak 70 tahun lalu sehingga kini.

Bagaimanapun, kaedah ini gagal berkembang ke seluruh dunia akibat diabaikan institusi penyelidikan di kebanyakan negara.

Kebanyakan penemuan dan penyelidikan berterusan kini dijalankan oleh negara-negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, menjadikan jurang bahasa sebagai halangan utama penyebaran ilmu Xenotransplan Stem Cell yang perlahan.

Berbanding kaedah pemindahan Stem Cell dari darah tali pusat (cord blood) atau daripada sel janin manusia, Xenotransplan Stem Cell menggunakan sel yang diambil daripada janin arnab, mengikut jenis yang diperlukan untuk rawatan khusus setiap pesakit.

Pemindahan sel daripada haiwan ini berfungsi untuk menggalakkan sel yang masih sihat di sekitar kawasan yang cedera menggantikan semula sel yang telah rosak pada tisu atau organ.

Sebagai contoh, pertumbuhan sel hati yang sihat akan digalakkan oleh sel induk yang dipindahkan bagi menggantikan sel hati yang telah rosak. Proses ini akan berterusan sehingga organ sasaran (hati) itu pulih dan berfungsi secara normal semula.

Bagi individu yang buta pula, rawatan ini hanya berkesan jika masih ada sel retina yang masih hidup. Tetapi jika semua sel retina pesakit telah mati, rawatan ini tidak dapat memulihkan penglihatan mereka lagi.

Sel yang dipindahkan daripada arnab kepada pesakit juga adalah khusus untuk rawatan jenis sel yang sama sahaja.

Bagi kerosakan tisu atau organ yang mempunyai lebih daripada satu jenis sel, setiap jenis sel terbabit perlu dipindahkan kepada pesakit.

Penggunaan sel daripada janin haiwan mungkin menimbulkan konflik etika di kalangan pencinta haiwan. Untuk rawatan Xenotransplan Stem Cell, sel daripada ikan lumba-lumba adalah pilihan terbaik memandangkan kesesuaian genetik di antara haiwan itu dengan manusia.

Bagaimanapun, sel yang dihasilkan untuk rawatan kini diambil daripada arnab yang juga merupakan sumber daging bagi kebanyakan penduduk dunia.

Keputusan penggunaan sel daripada arnab adalah lebih bersesuaian kerana haiwan ini lebih cepat membiak dan lebih senang dijaga di samping kurang tentangan daripada kumpulan pencinta haiwan.

Bagi umat Islam pula, isu halal dalam penggunaan sel haiwan ini juga telah dibincangkan bersama pihak terbabit untuk mendapatkan kepastian penggunaannya dibenarkan agama.

Pakar xenotransplan terkemuka dunia, Profesor Dr. E. Michael Molnar yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini juga menjamin pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diperoleh terlebih dahulu sebelum ia ditawarkan kepada pesakit beragama Islam.

Beliau yang merupakan antara pengasas satu-satunya syarikat yang menghasilkan sel- sel untuk rawatan Xenotransplan di dunia turut mengumumkan, Malaysia bakal menjadi hab Xenotransplan Stem Cell dunia apabila loji pemprosesan syarikat itu berpindah dari Eropah Tengah ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun lagi.

Perpindahan itu juga diharap akan menurunkan kos pengurusan yang seterusnya akan mengurangkan kos rawatan yang dikenakan. Kos rawatan yang dikenakan di Malaysia kini adalah RM26,000 untuk kanak-kanak dan RM50,000 untuk dewasa bergantung jenis rawatan dan berapa jenis sel induk yang diperlukan pesakit.

Kaedah rawatan ini telah 30 bulan digunakan di Asia dengan lebih 300 pesakit menerima pemindahan sel induk tersebut, satu pertiga daripadanya di Malaysia. Kaedah ini juga telah terbukti bersih, selamat dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan yang ketara.

*Jenis penyakit dirawat

Menurut Molnar, Xenotransplan Stem Cell berpotensi merawat sebarang penyakit dan tahap keberkesanannya bergantung kepada usia dan tahap kerosakan yang perlu diperbaiki.

Bagaimanapun, beliau menekankan tahap kejayaan rawatan bergantung kepada tahap kerosakan tisu atau organ yang dialami pesakit.

Misalannya, kecederaan atau kecacatan pada sel saraf (neuron), saraf tunjang dan otak lebih susah dirawat memandangkan sel saraf tidak tumbuh semula selepas satu tahap pembesaran.

Ini bermakna, rawatan yang bermula pada usia muda akan lebih berkesan dan akan menunjukkan hasil yang lebih positif. Antara penyakit yang kini boleh dirawat menggunakan kaedah Xenotransplan Stem Cell termasuklah:

* Diabetes

* Masalah keseimbangan hormon

* Putus haid awal

* Masalah kesuburan

* Masalah sistem imun (penyakit autoimun, AIDS, Kanser)

* Penyakit-penyakit tua seperti putus haid, mati pucuk, tekanan perasaan

* Kecederaan baru atau lama pada tulang belakang, Penyakit Parkinson dan penyakit saraf tunjang lain.

* Kerosakan hati, salur penghadaman (esofagus, perut, usus), sistem kardiovaskular (jantung, paru-paru) dan sistem organ-organ lain

* Penyakit kromosom kanak-kanak seperti Sindrom Down dan 2,000 penyakit genetik lain

Molnar, 64, telah merawat lebih 5,000 pesakit di seluruh dunia menggunakan kaedah tersebut sepanjang penglibatannya dalam dunia perubatan sejak 38 tahun lalu.

Dianggarkan kira-kira 70 peratus pesakit menunjukkan kesan positif terhadap rawatan dengan kanak-kanak di bawah usia empat tahun menunjukkan reaksi yang lebih baik lagi.

*Tahap keselamatan

Struktur sel haiwan hampir serupa dengan sel manusia walaupun genetik keduanya adalah berbeza. Pemindahan sel mudah dilakukan terutamanya jika sel penderma (haiwan) diambil pada peringkat janin, supaya tidak ditolak badan penerima.

Pesakit akan disaring terlebih dahulu untuk melihat peratusan kejayaan rawatan dan jika akan memberikan kesan positif. Bagi pesakit yang menghidap penyakit yang jarang ditemui pula, sel untuk rawatan penyakit itu juga boleh dihasilkan.

Walaubagaimanapun, keberkesanan rawatan tidak akan diketahui sehingga beberapa kali pemindahan, yang akan menunjukkan sama ada kesan positif atau tiada perubahan jika ia tidak berkesan.

Homing atau panduan hala tuju adalah satu lagi kelebihan kaedah Xenotransplan Stem Cell.

Setiap sel yang dipindahkan akan mencari tempat sasarannya sendiri, tidak kira di bahagian mana pada badan sel itu dimasukkan.

Misalannya, sel hati arnab yang disuntik di tangan akan sampai ke hati penerima dalam tempoh 48 hingga 72 jam kemudian.

Kaedah ini juga mempunyai kawalan keselamatan sendiri di mana sel-sel yang dipindahkan hanya akan pergi kepada organ sasarannya jika organ itu rosak. Jika organ sasaran tidak rosak, sel yang disuntik akan berlegar buat sementara waktu dan kemudiannya mati.

Ini membuktikan kaedah Xenotransplan Stem Cell hanya mempunyai dua hasil iaitu berjaya atau tidak, tanpa kesan sampingan.

*Fakta tambahan sel badan

* Badan semua jenis haiwan, termasuk manusia, mempunyai di antara 200 hingga 220 jenis sel

* Nefron (penapis) dalam buah pinggang berkurangan sehingga 40 peratus di antara usia 25 hingga 85 tahun

* Fungsi paru-paru semakin lemah selepas usia 55 tahun

* Kemerosotan separuh daripada jumlah kelompak sel otot dan keupayaan pengecutan otot di antara usia 30 hingga 75 tahun.

Kesan pemakaian organ dan tisu binatang terhadap solat

Assalamualaikum..lagi. dipetik dari: sini  www.paranorms.org..moga ada manfaat bersama..:)

by Temma on Sun Jul 05, 2009 12:30 pm
Perkaitan Ibadah Solat dan Organ Gantian

Perbincangan mengenai pengamalan ibadat solat merupakan suatu perkara begitu penting di dalam kehidupan setiap orang yang beriman. Hal ini kerana kewajipan menunaikan ibadat seperti solat adalah suatu yang tidak boleh dikompromi kerana ibadat adalah pemangkin kepada keteguhan dan kekebalan iman dan akidah yang merupakan nadi kepada agama yang juga merupakan perkara pertama dan utama dalam prinsip-prinsip syariah. Oleh kerana orang Islam wajib melaksanakan beberapa aktiviti ibadat yang berbentuk harian seperti solat, maka perbincangan berkaitan topik ini amat mustahak di mana di dalamnya diutarakan pandangan ulama Islam dan turut dikemukakan beberapa cadangan sebagai penyelesaian kepada mereka yang terlibat.

Terdapat pesakit yang terpaksa memakai alat ganti atau organ daripada binatang termasuklah daripada binatang yang haram dimakan. Dalam sesetengah situasi, pesakit juga terpaksa menerima organ daripada orang lain bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Dalam dua keadaan ini, apakah sikap Islam dalam menyelesaikan persoalan ibadat dan bersuci (thaharah)?

Hasil Organ Gantian Yang Tidak Memberangsangkan

Lapangan perubatan moden hari ini kian bertambah maju dengan wujudnya organ-organ gantian yang diambil daripada binatang sebagai menggantikan organ atau tisu yang rosak pada tubuh manusia. Sebenarnya ketika era pemerintahan Abbasiyyah, pakar-pakar perubatan Islam telah pun mengkaji dan meneroka penggunaan organ binatang untuk kegunaan manusia. Zakariyya al-Qazarini (600-682 H/ 1203-1283 M) telah mengasaskan penggunaan tulang-tulang babi untuk merawat pesakit yang bermasalah tulang.

Percubaan melakukan pemindahan organ atau tisu haiwan kepada manusia dalam zaman moden ini telah bermula sejak 46 tahun yang lalu di mana sebanyak 30 percubaan telah dijalankan. Namun, kesemuanya gagal dan berakhir dengan kematian pesakit beberapa jam hingga menjangkau kepada beberapa bulan selepas pembedahan menurut sumber laporan yang diterbitkan oleh University of Pittsburg, Pennsyvania, Amerika Syarikat. Contohnya pada bulan Februari 1966, Jeff Getty penghidap AIDS telah diberikan sel daripada sumsum tulang babun. Rawatan tersebut menampakkan peningkatan terhadap kesihatannya. Malangnya, ia tidak bertahan lama dan pembedahan tersebut tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan kerana tidak banyak sel kekebalan babun dapat hidup dalam badan manusia. Walaupun percubaan tersebut tidak menampakkan kejayaan penuh, namun apa yang lebih penting, ianya menjadi pembuka jalan kepada penerokaan baru dunia perubatan terhadap penggunaan alat gantian daripada binatang.

Menurut laporan penyelidikan yang telah dijalankan, pemindahan organ haiwan kepada manusia masih gagal ditangani dengan baik, malah tindakan tersebut telah mengundang risiko yang tinggi kepada kematian pesakit. Para saintis mendapati bahawa tisu dan darah babun mempunyai sejenis virus yang berbahaya kepada tubuh manusia. Contohnya, virus HIV yang dideritai oleh pesakit AIDS mempunyai versi yang sama dengan virus SIV (Simian Immunodeficiency Virus) yang menjangkiti monyet-monyet di Afrika. Hal ini terbukti melalui kajian yang dibuat pada tahun 1967 ke atas ginjal monyet mendapati sejenis virus yang sangat berbahaya wujud dalam ginjal tersebut. Virus tersebut dikatakan pernah menjangkiti beberapa individu yang akhirnya mengakibatkan kematian.

Apa Kata Islam dalam Perkara Ini?

Di Malaysia, pakar-pakar sains dari Universiti Sains Malaysia dan Bank Tisu Negara juga telah berjaya menemui tisu graf amnion daripada kulit kambing yang boleh menyembuhkan pelbagai kesan luka termasuk kesan lecur akibat kebakaran khususnya di bahagian muka. Alat ganti tubuh manusia ini dihasilkan melalui gabungan tisu selaput uri (plasenta) kambing dan sinar gamma (dari teknologi nuklear) yang dipancarkan kepada pesakit. Bagi menjawab persoalan apakah hukum solat seseorang pesakit yang memakai alat gantian organ ini yang najis seperti diambil daripada bangkai atau daripada najis mughallazah seperti babi dan sebagainya, sebenarnya terdapat beberapa ayat al-Quran yang mengharamkan penggunaan bahan najis. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah: 173)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya), binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul,
dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya).
(Surah al-Maidah: 3)

Nas-nas di atas dengan jelas mengatakan bahan-bahan najis adalah sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan. Pengharaman tersebut bukan sahaja untuk tujuan makanan, tetapi juga meliputi perkara-perkara lain termasuklah perubatan. Pengharaman tersebut akan terangkat dan harus di dalam keadaan keadaan darurat sepertimana yang disebutkan di akhir kedua-dua ayat tersebut.

Darurat Atau Tidak?

Terdapat perbezaan yang ketara antara orang yang berada dalam keadaan kelaparan yang amat sangat dan tiada makanan lain untuk dimakan kecuali makanan-makanan yang haram dengan orang yang sakit. Orang yang pertama diharuskan memakan makanan yang haram kerana dia berada dalam darurat seperti yang disebutkan dalam kedua-dua nas di atas. Jika kelaparannya tidak sampai ke tahap darurat, maka dia tidak harus memakan makanan yang haram. Berbeza dengan orang yang sakit, dia boleh menggunakan bahan-bahan yang haram bertujuan untuk perubatan semasa darurat dan hajat (peringkat yang tidak sampai kepada darurat). Oleh itu, penggunaan anggota, organ dan tisu palsu oleh pesakit mempunyai tiga keadaan ;

Pertamanya ; penggunaan ketika darurat, ia diharuskan berdasarkan keumuman dua firman tersebut. Sekiranya bahan-bahan najis harus dimakan ketika darurat, maka penggunaan alat palsu yang diperbuat daripada bahan-bahan najis lebih wajar diharuskan kerana ia tidak melibatkan pemakanan tetapi penggunaan sahaja.

Keduanya ; penggunaan alat palsu yang dihasilkan daripada bahan-bahan najis semasa hajat diharuskan jika anggota, organ atau tisu tersebut memang suatu yang diperlukan untuk melengkapkan kehidupan hariannya.

Ketiganya ; penggunaan anggota, organ atau tisu palsu yang diperbuat daripada bahan-bahan najis tanpa ada keperluan dan hajat untuk diri dan kehidupan adalah tidak diharuskan kerana ia mengganggu ibadat solat yang disyaratkan supaya dikerjakan di dalam keadaan bersih dan suci daripada segala najis.

Walaubagaimanapun, terdapat fatwa lain daripada sebahagian ulama mazhab Hanafi yang mengatakan najis yang bertukar rupa dan bentuk asalnya serta hilang sifat-sifat kenajisannya (bau, warna dan rasa), maka kenajisannya gugur dan dengan itu ia bukan lagi dianggap najis. Justeru, anggota, organ atau tisu palsu yang diperbuat daripada bahan-bahan najis tidak dianggap najis lagi kerana ia telah bertukar rupa, bentuk dan sifat-sifat asal najis. Dengan itu, ia boleh digunakan tanpa perlu tertakluk kepada keadaan darurat atau hajat seperti yang dihuraikan. Fatwa ini jelas bercanggah dengan pandangan di atas yang dinyatakan dengan jelas najis adalah najis walau apa keadaan sekalipun. Namun begitu, dalam keadaan tertentu dibenarkan penggunaannya semata-mata kerana darurat atau hajat.

Sekiranya anggota, organ atau tisu diambil daripada binatang yang halal tetapi tidak disembelih, terdapat perbezaan pendapat mengenainya. Menurut pandangan mazhab Hanafi, anggota atau bahagian badan bangkai binatang yang keras dan tiada pengaliran darah seperti tulang, tanduk, gigi, kuku dan sebagainya adalah tidak najis. Alasan yang diberikan ialah sebab kenajisan anggota atau bahagian bangkai kerana wujudnya kotoran-kotoran cecair seperti darah dan lender-lendir yang ada pada anggota tersebut manakala anggota atau bahagian binatang yang keras tidak terdapat kotoran tersebut.

Mazhab Syafi’i dan jumhur ulama pula berpandangan semua bahagian bangkai adalah najis termasuklah bahagian yang keras. Berdasarkan pandangan mazhab Syafi’i, sekiranya terdapat anggota atau bahan lain yang bersih dan boleh digunakan pesakit, maka penggunaan anggota atau bahagian tertentu daripada bangkai adalah tidak diharuskan kerana ia akan mengganggu ibadat solat yang hanya sah dilakukan dalam keadaan bersih sahaja. Jika seseorang yang menggunakan apa-apa anggota atau bahagian bangkai sebagai bahan gantian pada tubuhnya, kemudian selepas itu dia mendapati sesuatu gantian lain yang bersih dan suci, maka terdapat perselisihan pendapat di dalam mazhab Syafi’i, iaitu ;

1. Dia wajib mencabut apa-apa bahagian najis yang digunakannya sekiranya tindakan tersebut tidak mendatangkan sebarang mudarat pada dirinya. Jika ia tidak mendatangkan kesan buruk, maka dia tidak perlu mencabutnya lagi.

2. Dia wajib mencabut bahagian tersebut walaupun tindakan tersebut mendatangkan mudarat kerana ia telah melampaui had-had halal. Pandangan pertama adalah pandangan muktamad di dalam mazhab Syafi’i disebabkan oleh ketiadaan unsur-unsur ‘melampaui batas’ di dalam kes ini kerana ia dilakukan ketika anggota yang bersih dan sesuai tiada.

Penulis berpandangan bahawa pendapat yang mengatakan objek-objek keras yang diambil daripada bangkai binatang adalah tidak najis adalah pandangan yang kuat lantas ia diharuskan sebagai organ gantian dalam badan manusia tanpa dibatasi oleh darurat. Namun, penggunaan tersebut syaratnya mestilah ianya tidak memudaratkan tubuh badan pesakit. Anggota, organ atau tisu binatang yang tudak disembelih dan bersifat lembut seperti jantung, hati dan lain-lain, penggunaannya tidak diharuskan kecuali semasa hajat dan darurat sahaja kerana kesemua organ tersebut adalah najis di sisi semua mazhab. Penggunaan anggota, organ dan tisu yang diambil daripada binatang yang haram dimakan juga sama hukumnya dengan penggunaan angota, organ dan tisu bangkai yang halal dimakan kecuali anjing dan dan babi.

Berkaitan anggota, organ dan tisu babi, Imam al-Qurtubi mengatakan tiada perselisihan di kalangan ulama tentang kenajisan seluruh badan babi melainkan bulunya sahaja. Malah, terdapat sebahagian ulama yang membenarkan penggunaan bulunya. Akan tetapi, kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafi’i mengharamkan penggunaan bulu haiwan tersebut. Dalam hal kenajisan anjing pula, para ulama bercanggah pendapat di mana mazhab Syafi’i dan Hanbali menganggap anjing binatang yang najis ‘ain (tubuh badan) termasuklah air liur dan peluhnya. Dalil yang menunjukkan kenajisannya ialah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Apabila anjng menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka hendaklah dibasuh bekas tersebut tujuh kali, salah satu daripadanya air bercampur tanah.”

Pandangan yang muktamad di dalam mazhab Hanafi pula menganggap bahawa anjing bukan najis ‘ain, tetapi yang najis hanya mulut dan air liurnya sahaja berasaskan hadith di atas yang hanya mengkhususkan basuhan tujuh kali pada jilatan sahaja. Ulama daripada mazhab Maliki pula berpendapat anjing tidak najis sama seperti binatang-binatang lain. Berhubung dengan hadith di atas, mereka mengatakan basuhan tersebut hanya sebagai suruhan ta’abbudi (semata-mata perintah agama tanpa sebab). Pandangan mazhab ini bertepatan dengan keumuman ayat al-Quran yang bermaksud :

… dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu.
(Surah al-Maidah: 4)

Ayat ini membenarkan seseorang memakan hasil buruan yang menggunakan anjing dan menyatakan kenajisan binatang itu yang dijadikan alat memburu. Firman ini juga datang tanpa diterangkan kewajipan membasuh buruan yang digonggong oleh anjing. Justeru, ayat ini sudah tentu menguatkan lagi pandangan mazhab Maliki.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada perbincangan di atas ialah penggunaan apa-apa anggota anjing yang keras seperti tulang, kuku dan seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam situasi darurat berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh mazhab Syafi’i dan Hanbali. Namun, pandangan yang lebih dominan di dalam mazhab Hanafi dan Maliki, penggunaan apa-apa anggota atau bahagian anjing yang keras adalah dibenarkan sekalipun tiada darurat untuk berbuat demikian. Adapun bahagian dalaman yang bersifat lembut, penggunaannya pula mestilah dibatasi dengan darurat atau hajat kerana organ atau bahagian tersebut adalah najis di sisi semua mazhab kerana ia daripada bahagian bangkai yang diselaputi oleh kotoran-kotoran cecair. Oleh itu, penggunaannya dihadkan ketika hajat atau darurat sahaja. Mazhab Maliki menganggapnya sebagai najis kerana ia adalah cecair binatang yang merupakan najis walaupun binatang itu sendiri adalah suci.


Back to top

Pemindahan Organ Khinzir Kepada Manusia

Assalamualaikum..satu lg perkongsian..ana ambil dari: al-hujjahsyariah.blogspot.com
moga ada maklumat blh dimanfaatkan bersama..

http://www.drhayei.com/2010/08/isu-isu-syariah.html

SOALAN

Apa pandangan Ustaz tentang pendermaan organ dan adakah masyarakat di Malaysia yang beragama Islam boleh mengamalkannya. Adakah ianya bertentangan ajaran Islam. Apakah akibatnya seseorang muslim menderma organnya kepada orang bukan muslim dan sebaliknya. Bolehkah pendermaan organ ini melibatkan organ khinzir kerana didapati organ khinzir lebih dekat persamaannya dengan organ manusia.

- Abdul Qahhar AW

JAWAPAN
Saudara Abdul Qahhar, Saya tidak mempunyai pandangan khusus dalam perkara ini, tetapi saya boleh jawab di sini patwa-fatwa yang say abaca dari beberapa lamanweb yang dikendalikan oleh beberapa ulama pada peringkat antara bangsa. Apa yang saya baca dan fgaham ialah pendermaan organ antara masalah masa kini yang memerlukan ijtihad dari para ulama dan pakar-pakar perubatan Islam. Sepanjang yang saya ketahui, ulama silam belum membincang masalah ini secara lanjut dan terperinci, kerana kes-kes pendermaan organ tidak berlaku pada zaman mereka. Bagaimanapun beberapa tokoh ulama semasa, seperti Dr. Ahmad al-Syarbasi, Syeikh Mutawalli al-Sya`rawi, Dr al-Qaradawi dan lain-lain pernah mengutarakan pendapat peribadi masing-masing. Saya cuba menelaah dan mengutip pandangan-pandangan mereka yang saya anggap bernas dan positif.

Pada dasarnya insan dicipta Allah supaya hidup bahagia, sihat, tidak menderita kesusahan dan keperitan. Jika badan ditimpa sakit, hendaklah dicari ubatnya, jika hidup susah hendaklah dicari jalan-jalan membahagiakannya.

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ [البقرة:158]

Terjemahan: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan tidak menghendaki kamu beroleh kesusahan (al-Baqarah: 185).

Pendermaan organ dan transplant anggota manusia pada manusia, adalah antara usaha dan langkah yang diambil para doktor bagi memulihkan kesihatan dan kekuatan kepada badan pesakit. Tujuan ini memang serasi dan tidak bertentangan kaedah-kaedah umum dalam Islam.

Menurut Dr al-Syarbasi: Ramai ulama berpendapat, jika pesakit itu memerlukan darah untuk meneruskan hayatnya, maka harus memindahkan darah daripada badan orang yang sihat kepada badan pesakit yang memerlukannya. Ulama juga mengharuskan pemindahan mata daripada insan yang sudah mati kepada yang masih hidup, jika pemindahan sangat diperlukan. (Yasalunak fi al-Din wa al-Hayat, 1/602)

Bagaimanapun, pemindahan itu tidak harus dilakukan sewenang-wenangnya, ia diharuskan hanya apabila keadaan sangat terdesak dan tiada lagi jalan lain yang boleh menyelamatkan hidup di samping syarat-syarat lain, antaranya penderma hendaklah dipastikan kematiannya terlebih dahulu, cukup keserasian antara anggota penderma dan penerima, diyakini atau sekurang-kurangnya sangkaan berat terhadap kejayaan pemindahan dan hendaklah melalui nasihat doktor pakar dalam bidang berkenaan.

Perlu diambil perhatian, keharusan yang diberi hanya apabila keadaan benar-benar terdesak atau darurat seperti yang ditakrifkan dalam kaedah Usul al-Fiqh. Ini bermakna pesakit tidak boleh mengguna lebih daripada kadar yang diperlukannya. Keadaannya sama dengan seorang yang terpaksa mengambil makanan yang haram dimakan, ia tidak harus mengambil lebih daripada keperluan bagi meneruskan hayatnya sahaja.

Pendermaan organ orang Islam kepada bukan Islam atau sebaliknya, tidak ada apa yang harus diragui, kerana organ-organ itu tidak boleh disifatkan sama ada muslim atau bukan muslim. Organ hanya bagaikan alat yang sama ada baik atau buruk bergantung sepenuhnya pada pengguna. Jika ia dipindah daripada orang kafir kepada orang Islam, dengan sendirinya menjadi anggota orang Islam yang tunduk kepada budaya dan cara hidup Islam. Organ itu akan diguna untuk salat dan ibadat kepada Allah.

Menurut Dr. al-Qaradawi: Anggota-anggota badan tidak memberi kesan kepada kekufuran atau keislaman seseorang, malah al-Qalb (hati) yang pernah disifat dalam al-Qur`an sebagai, sakit, sihat, hidup dan mati adalah merujuk kepada hati yang dirawat para doktor perubatan. Hati ini lain maksudnya dengan al-Qalb yang disifatkan sebagai beriman dan kufur, yang lebih memihak kepada aspek kerohanian yang menjadikan manusia samada sedar, berakal, berfikir atau sebaliknya (Fatawa Mu`sirah, 2/538).

Bagaimanapun derma kepada kafir harbi (yang tidak diikat sebarang perjanjian damai antara mereka dengan orang Islam) dan yang dipercayai hidupnya memusuhi Islam dan masyarakatnya, ulama berpendapat, organ tidak harus diderma kepada mereka. Bagaimana pendermaan harus diberi kepada mereka, sedangkan jika ia hidup sihat, akan digunakan tenaganya bagi mengkhianati Islam, sebagaimana pedang tidak harus dijual kepada bukan Islam yang dipercayai akan digunakan bagi memerangi umat Islam.

Tentang penggunaan atau pemindahan organ haiwan kepada badan manusia, seperti khinzir yang dihukum najis oleh al-Qur`an, kalaupun ia boleh dilakukan, maka hanya ketika terpaksa dan darurat sahaja, dengan kadar yang sangat terhad.

Al-Qur`an menyebut perkataan khinzir pada beberapa tempat. Iaitu dalam surah al-Baqarah, ayat 173, al-An`am, ayat 145 dan al-Nahl, ayat 115. Semuanya menyebut lahm al-khinzir (daging babi). Menurut Fuqaha`, daging yang dimaksudkan itu, meliputi seluruh badan dan juzuk-juzuk khinzir, tanpa kecuali. Namun begitu, ayat-ayat itu disebut khusus kepada makan, sedangkan yang dibicarakan di sini bukan makan tetapi mengguna, mengambil faedah atau transplant menurut istilah dalam perubatan moden.

Ulama semasa lebih cenderung berpendapat harus mengambil faedah daripada organ khinzir itu, kerana najis itu jika tertanggung pada luar badan, tetapi jika ia ditanam dalam badan manusia, maka lain pertimbangannya. Ini kerana dalam badan manusia memang banyak najis yang sedia ada, seperti tahi, darah dan sebagainya, walaupun begitu, tiada halangan bagi seseorang bersalat, membaca al-Qur`an, tawaf dan sebagainya, kerana najis itu ada dalam badan.

Dalam sebuah hadis Sahih meriwayatkan, Nabi saw menyuruh agar kulit bangkai kambing itu dimanfaatkan, setelah disamak bersih, walaupun diberitahu baginda bahawa kambing itu sudah menjadi bangkai, namun nabi tetap menyatakan, bangkai itu hanya haram dimakan, tetapi kulitnya boleh dimanfaatkan setelah disamak. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Zakah. Muslim, Kitab al-Haid)

Sebagai kesimpulan jawapan kepada soalan di atas, pemindahan anggota manusia boleh dilakukan, jika ada sebab dan keperluan yang mendesak, sama ada pemindahan sesama Islam atau kepada bukan Islam yang hidupnya tidak mengancam Islam dan masyarakatnya. Demikian juga dengan organ khinzir, ia harus dimanfaatjkkan, jika tiada lagi jalan lain bagi menyelamatkan hayat seseorang pesakit. Wallahu A`lam.

Pemindahan Organ : Risiko Jangkitan Penyakit

 Assalamualaikum.. maaf, ingin ana kongsi sedikit maklumat. ia sebahagian dari bahan tesis yang akan ana kaji.. insyaAllah, mudahan ada manfaatnya..

Artikel ini di ambil dari: http://www.sihatselalu.com.my/2010/07/pemindahan-organ-risiko-jangkitan.htmlI (sihat selalu) klik sini ..


oleh Hafizah Iszahanid
18 Julai 2010


KUALA LUMPUR : Hampir 1,000 rakyat Malaysia yang membeli dan melakukan pembedahan organ di China dan India berdepan risiko jangkitan penyakit seperti hepatitis B, radang hati, HIV selain komplikasi organ baru tidak berfungsi, sekali gus boleh membawa maut.





Keadaan ini berlaku disebabkan pengambilan ubat-ubatan anti-penolakan yang tidak betul selain tiada pemantauan rapi kesesuaian organ penerima dan penderma sebelum pembedahan dilakukan kerana urusan jualbeli didalangi sindiket.







Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!



Sindiket


Situasi itu lebih parah selepas China mengharamkan pemindahan organ daripada warga negara itu kepada rakyat asing sejak 2008, manakala India mengambil langkah sama pada 1994. Sebelum pengharaman itu, proses pemindahan organ dilakukan dalam bentuk 'hitam putih' bagi memudahkan rawatan susulan di negara asal.


Sejak 2000, seramai 856 rakyat negara ini memperoleh organ dari China, 64 dari India, 16 dari negara lain seperti Russia dan Australia manakala dua lagi tidak diketahui. Kebanyakan mereka membayar kepada sindiket antara RM70,000 hingga RM250,000 untuk satu buah pinggang.



Ketua Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Ghazali Ahmad ketika mendedahkannya, berkata baru-baru ini pihaknya mengesan penerima organ dari sebuah negara luar menghidap hepatitis manakala dua lagi dijangkiti HIV.


Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati kerana jika prosedur pembedahan organ didalangi sindiket, isu keselamatan dan kesesuaian organ yang dipindahkan tidak diambil berat.


"Di Malaysia, pemindahan organ dilakukan dengan piawaian dan pemantauan kesihatan yang sangat ketat. Ia dilakukan di hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Selayang selain beberapa hospital swasta," katanya kepada Berita Minggu.



Buah Pinggang


Difahamkan, rakyat Malaysia terpaksa membeli organ terutama buah pinggang di luar negara kerana kesukaran mendapatkannya dalam negara khususnya daripada penderma sukarela.


Sepanjang 2009, seramai 21,169 pesakit buah pinggang bergantung pada mesin dialisis dan daripada jumlah itu, kira-kira 6,000 berada dalam senarai menunggu mendapatkan buah pinggang baru.


Meskipun jumlah pengikrar untuk menderma organ sejak 1997 hingga Mei 2009, seramai 128,556 orang seperti direkodkan Pusat Sumber Transplan Nasional HKL, jumlah penderma sebenar cuma 14 orang setakat Mei 2009.



India dan China


Katanya, trend pesakit Malaysia terutama yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan organ dari negara luar seperti India dan China sudah dikesan sejak 1990 berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Ketika itu pesakit tertumpu di India sebelum beralih ke China sejak 1992, berikutan tindakan Kerajaan India mengharamkan pemerdagangan organ mengikut Akta Organ Manusia pada 1994.


Dr Ghazali berkata, India dan China tetap menjadi pilihan rakyat negara ini mendapatkan organ meskipun kedua-dua negara sudah mengharamkannya. Ini berdasarkan rekod Daftar Dialisis dan Transplan Malaysia yang merekodkan 109 pemindahan organ sepanjang 2009 tetapi hanya 63 dilakukan di Malaysia, manakala selebihnya di luar negara terutama di China dengan 38 kes.



Kesan Negatif


"Kegiatan sindiket jualan organ ini memberi kesan negatif kepada pesakit dan juga belanjawan sistem penjagaan kesihatan Malaysia keseluruhannya. Misalnya, apabila berlaku komplikasi seperti organ baru tidak berfungsi, mereka mendapatkan rawatan susulan di hospital kerajaan.


Tanpa rekod perubatan, kita sukar mengetahui keadaan sebenar pesakit apabila dia berdepan komplikasi terutama jika pesakit tidak bertindak balas dengan ubat anti-penolakan. Malah apabila berlaku jangkitan disebabkan penolakan, mereka memerlukan ubat khusus yang mencecah ribuan ringgit," katanya.


"Ada kes, hospital terpaksa menggunakan peruntukan hingga RM20,000 sebulan untuk rawatan susulan terhadap seorang pesakit saja, kerana komplikasi jangkitan disebabkan penolakan organ baru sedangkan jumlah itu boleh diagihkan kepada pesakit lain yang lebih memerlukan," katanya.




Lagi info tentang PEMINDAHAN ORGAN di sini.