marquee

Saturday, August 20, 2011

Wahai Tuhan, bukalah pintu hati kami untuk belajar erti hidayahMU.

Assalamualaikum..
Syukur diberi kesempatan unt mencoret sedikit bicara kali ini di bulan mulia. Sekadar ingatan dan renungan buat diri dan semua pencinta ilmuNYA. Kesempatan yang ada sebelum berakhirnya Ramadhan ini.


Banyak sungguh pengalaman untuk dikongsi..Masing-masing sama memerhati, namun dengan dimensi berbeza, dgn nilaian yang berbeda. Pasti kalian juga penuh cerita untuk dikongsi. Punyai tafsiran sendiri.


KES1:
Ana di hospital pada malam 1 Ramadan.. bersama kakak dan saudara menemani atuk yg dimasukkan ke wad kerana demam dan lelah, dibimbangi juga ada komplikasi jantung. Alhamdulillah, semua dalam keadaan tenang kini. Segalanya beransur pulih.


Waktu itu,usai azan isya' ana mencari tandas untuk mengambil wuduk, kemudian mencari tempat untuk solat. Alhamdulillah, dalam kesulitan untuk solat di situ ( kerana itu wad pesakit lelaki, hanya tmpt solat lelaki yg ada,jadi terpaksa tumpang tempat solat lelaki) ana tetap berpeluang solat. Ketika ana persiapkan tempat solat, seorang nenek tua memasuki ruang solat. Ana yang sudah siap terus menunaikan solat, langsung tak terfikir unt solat berjemaah dgn nenek itu. Maafkan ana nenek.. Dalam solat, ana tak dapat mengkhusyukkan solat kerana melihat pergerakan nenek itu. Ana tak melihat secara langsung, tapi ana menyedari setiap tindakannya lantaran nenek itu solat di sebelah ana. Bacaannya sangat jelas ana dengar, perlahan, penuh tartil. Setiap pergerakannya sangat lambat, keuzurannya membataskan pergerakannya. Kagum dengan semangat nenek untuk solat berdiri, walaupun diberi rukhsah untuk solat sambil duduk. Ana biasa tengok nenek-nenek solat dengan pergerakan yang agak lambat. Begitulah bila kita dah tua nanti, keuzuran membataskan kekuatan ibadat. Ana terfikir dan menilai.. MASA MUDA inilah untuk beribadat dengan sebanyak-banyaknya






Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:*1


«سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ … وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ»


Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah dalam naungan (Arsy-Nya) pada hari yang tidak ada naungan (sama sekali) kecuali naungan-Nya: …Dan seorang pemuda yang tumbuh dalam ibadah (ketaatan) kepada Allah …". HSR al-Bukhari (no. 1357) dan Muslim (no. 1031)


1.RUJUKAN: http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/pemuda-yang-mendapatkan-naungan-allah.html


Dalam hadits lainnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,*2
«إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَعْجَبُ مِنَ الشَّابِّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ» 

“Sesungguhnya Allah Ta’ala benar-benar kagum terhadap seorang pemuda yang tidak memiliki shabwah”  (HR Ahmad (2/263), ath-Thabrani dalam “al-Mu’jamul kabir” (17/309) dan lain-lain, dinyatakan shahih dengan berbagai jalurnya oleh syaikh al-Albani dalam “ash-Shahiihah” (no. 2843))



Artinya: pemuda yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, dengan dia membiasakan dirinya melakukan kebaikan dan berusaha keras menjauhi keburukan..( Lihat kitab “Faidhul Qadiir” (2/263) RUJUKAN:[http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/pemuda-yang-mendapatkan-naungan-allah.html])



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,*3
“Tidak akan bergesar kaki seorang manusia dari sisi Allah, pada hari kiamat (nanti), sampai dia ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang lima (perkara): tentang umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya digunakan untuk apa, hartanya dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan, serta bagaimana di mengamalkan ilmunya” ( HR at-Tirmidzi no. 2416, dinyatakan hasan oleh syaikh al-Albani)

2 DAN 3. RUJUKAN: http://cupy-moslem.blogspot.com/2011/05/pemuda-yang-tumbuh-dalam-ketaatan.html

Sungguh usia muda sangat hebat, sangat dicintai oleh setiap yang merasainya, sangat dirindui oleh setiap yang melepasinya. Pernah juga ana terdengar bicara insan yang mengatakan ingin buat ibadat banyak-banyak bila dah habis bekerja kelak, bila dah pencen..mungkin kerana sibuk bekerja memaksa mereka berfikir demikian. Namun, duhai saudaraku, sempatkah kita merasai usia tua itu..bimbang benar ana jika kita dijemput menghadapnya di usia muda ini..lebih membimbangkan andai tak diterima menghadapNYA.. Nauzubillah.

Wahai Pemilik nyawa ini, berikan kami kekuatan untuk terus membuktikan kesyukuran kami buatMu dengan beribadah hanya untukMU..dengan seelok-elok dan sebanyaknya.. 
Wahai Pemilik nyawa ini, bantulah kami untuk terus membawa watak seorang hamba dalam melayari kehidupan kurniaanMU..

Kes 2:
Ana duduk memerhati seorang ukhti sambil menunggu yang mulia Imam mengimamkan solat isyak dan tarawih. Ana melihat sesuatu yang asing pada manusia biasa. Baru ana sedar, ukhti seorang yang kurang upaya. Sayu ana melihat ukhti, ana kira ukhti memiliki masalah saraf. Tangan kanannya yang bengkok tak dapat diturunkan dengan cara biasa, perlu bantuan tangan kiri. Sangat sulit pergerakannya. 

Usai solat terawih, ana melihat seorang nenek yang tak mampu melihat. Istiqamah  nenek mensedekahkan senyuman ketika bersalam dengan makmum lain. Nenek tak dapat melihat dengan mata, tapi nenek melihat dengan hatinya.. hati yang suci itu. Nenek datang dan balik dari surau dengan bantuan seorang nenek lain.

Ana insaf, sungguh hebat jihad mereka untuk Allah, dalam kekurangan itu, ukhti dan nenek masih mampu mempersembahkan sebuah kesempurnaan untuk Tuhannya. Dimana jemaah lain yang masih dipinjamkan kesihatan yang baik olehNYA? Mampukah ana sekuat mereka dalam kesempurnaan ana ini? 


Wahai Tuhanku, kami mohon agar Engkau terus memberi kekuatan pada mereka yang sangat ikhlas berjihad di jalanMU.. sayangilah mereka, berkatilah mereka dan keturunan mereka..kurniakan mereka kekuatan, kerana dari mereka kami belajar sesuatu..

Sedikit perkongsian untuk dikongsi.. Mungkin nilaian kalian lebih hebat dari ana.. Sesungguhnya, hidup kita menuntut erti belajar.. dari sesiapa sahaja, dimana sahaja.. 

Allahu rabbi