marquee

Friday, May 25, 2012

Beristighfarlah..merintih di atas nama kasihNYA.

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah..diberi kesempatan bersua Penghulu hari, Jumaat pertama Rejab 1433H..mudahan ada keberkatan dan kebaikan yang melimpah..

 Salam Kemaafan.. Rejab itu bulan maghfirah..  



Banyakkan beristighfar di bulan Rejab.. 



 Ampunilah dosa kami Ya Allah...
Kami zalimi diri sendiri...
Kiranya Engkau tidak mengampni kami...
 Kamilah orang yang paling rugi...



Ya Allah...
 Kami mohon kasih sayangMu...
 Ampunilah kami.. Peliharalah kami...
Pandanglah kami dengan pandangan KasihMu..
Wahai Kekasih Hati..




 Kami mencintaimu Ya Allah...


Tetapkan hati kami untuk sentiasa bersamaMu
Dalam dakapan kasihMu...
Dalam usapan kemuliaanMU..


Allahu rabbi...

Monday, May 21, 2012

Kuasai dirimu

Assalamualaikum.. Jom share tentang kuasa diri. Kuasai diri untuk mencari Kuasa ILAHI.


Diri kita sebenarnya ada macam-macam kuasa. Kuasa untuk mengawal sesuatu, merancang, mengurus, melaksana dan banyak lagi. Mengikut kajian, ramai orang tak tahu bahawa mereka boleh buat lebih baik daripada apa yang mampu mereka persembahkan sekarang. Hebat bukan. Jadi, kita sepatutnya menguasai diri kita. Namun, agak malang jika diri kita telah dikuasai selain diri kita. Untuk senang faham, ana bagi dua situasi. Ini antara contoh-contoh situasi. Mungkin banyak lagi, ini sekadar yang termampu ana kongsikan.. Jika ana salah mohon tegurkan..Kita berlapang dada kan...


SITUASI orang yang menguasai dirinya:
  • Mereka akan bertindak setelah membuat perancangan dan penilaian yang tersusun.
  • Mereka boleh menerima dengan baik sebarang perubahan pada perancangan.
  • Mereka boleh menerima sebarang kritikan daripada orang sekeliling kerana mereka tahu itulah sumber kekuatan untuk memperkasa kuasa dirinya.
  • Mereka tidak gundah dengan sebarang cabaran atau persaingan daripada orang lain kerana matlamat mereka bukan untuk mengatasi yang lain, tetapi untuk mempertingkatkan kebolehan dirinya tanpa menafikan hak dan kebolehan sahabat yang lain.
  • Matlamat kerja mereka ialah Redha Allah.. Mardhatillah.. 

ILAHI, Anta maqsudi, waridhaka matlubi.. 
(Wahai Tuhanku..Engkaulah matlamatku, dan keredhaanMu amat kuharapkan)

SITUASI orang yang telah dikuasai selain dirinya.
  • Mereka akan bertindak setelah melihat kepada respon dan kata-kata orang sekeliling terhadapnya. Hidupnya dikuasai pengaruh dari luar. ( Perlu difahami, adalah tidak salah kita meminta pendapat orang lain dalam sesuatu urusan, tapi kitalah yang harus membuat penilaian terakhir berdasarkan ilmu yang kita ada, bukan membuat keputusan berdasarkan kata-kata orang lain semata-mata )
  • Mereka tidak boleh menerima dengan baik sebarang perubahan pada perancangan. Mereka cepat kelam kabut kerana tidak yakin dengan kuasa yang ada pada dirinya, iaitu kuasa merancang.
  • Mereka tidak boleh menerima sebarang kritikan daripada orang sekeliling kerana mereka menganggap itulah ancaman buat mereka. Mereka bimbang kelemahan mereka akan terbongkar. (Its really a big MISTAKE).
  • Mereka cepat gundah dengan cabaran atau persaingan daripada orang lain kerana matlamat mereka adalah untuk mengatasi yang lain. Kejatuhan orang disekeliling adalah lambang kekuatan mereka. Di sinilah sebenarnya tempat atau lubuk kelemahan mereka. Mereka sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri. 
  • Matlamat kerja mereka ialah Redha manusia. Ingatlah, tolong jangan membuat sesuatu untuk mencari penghargaan manusia.. kelak kita yang terseksa.(Prof Dr Muhaya selalu pesan ni..).

Selain itu, untuk membina tapak-tapak perubahan, ayuh sama-sama kita audit diri kita. Adakah amalan dan tindakkan kita setiap hari itu menuju kepada syurga atau neraka.. Whether it is GOOD HABITS or BAD HABITS. Kerana pengakhiran kepada dua laluan ini adalah sangat berbeza.


Hari ini buat apa kita dah buat untuk ke syurga? Hari ini apa kita dah buat  untuk ke neraka?
***JOM MUHASABAH DIRI***


 Sebagai kesimpulan yang dapat dibuat, walau dimana tahap kita sekarang, ayuhlah kita sama-sama memasang semangat diri yang baru. Carilah kuasa diri anda. Kerana ia sebenarnya ada pada diri anda sendiri. Jangan takut pada perubahan dan cabaran. Anggaplah cabaran sebagai batu loncatan, bukan penghalang. Adakala dalam hidup ini, kita perlu membuat lompatan yang besar kerana lubang yang besar tak mampu kita lepasi dengan dua lompatan yang kecil. Ayuh berubah ke arah kebaikan diri. Kuasai diri. Kelak anda akan temui KUASA ILAHI.

Allahu rabbi..

Sunday, May 20, 2012

Hatimu itu rumah Allah. Jagalah Ia.

Assalamualaikum... BismillahirRahmanirRahim..
Kali ni ana nak share tentang hati.. tapi pendek je. Takpe lah, biar pendek, asalkan bermanfaat..insyaAllah.


Kawan-kawan pernah dengar hadis ni?

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

-Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim 

Tentu kalimat agung Baginda S.A.W ini sudah acap kali diulang dan disebut.   Semua orang tahu tentang nilai hati. Ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Pandangan Kekasih pada sekalian hambaNYA. Maha Suci Allah, keadilan dan kasih sayang pada hambaNYA terbukti berpaksikan kepada sabda BagindaSAW yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu".

Subhanallah...Allah itu adil. Sangat adil lagi bijaksana.  Rupa paras, penampilan luaran, hiasan pelbagai..itu semua tak penting. Apa yang penting HATIMU.  Oleh itu jagalah hati mu kerana ia menentukan tempat destinasi akhirmu..SYURGA atau NERAKA. Mohon dijauhkan daripada tempat yang dahsyat itu..Nauzubillahi min zalik.


Ana juga ada terbaca dalam buku Tazkiyatul Auliaya'. Ada juga menyebut tentang hati. Berpesan Imam al-Junid al-Baghdadi: Hatimu itu rumah Allah. Jangan biarkan yang lain duduk di dalamnya kecuali ALLAH.  Subhanallah.. kalimat indah dari kekasih Allah.. Orang yang dekat dengan Allah, kata-kata mereka sangat berkat. Jika tak mampu jadi sehebat mereka, cubalah meniru gaya hidup mereka.. InsyaAllah, Allah bantu kita dan mudahkan urusan kita bila kita niat baik
Allahu Rabbi..