Assalamualaikum… Salam Syaaban… pejam
celik-pejam celik, kita semakin menghampiri penghujung Syaaban, esok boleh
tengok anak bulan Ramadhan. Mudahan ini bukan Syaaban terakhir untuk kita.
Minggu ini, ana menerima dua berita kematian saudara terdekat. Ia sesuatu yang
menyedihkan, tapi ia juga hakikat yang tidak mampu kita nafikan. Pengalaman
pertama ana telah kongsikan dalam artikel lepas, belajar dari kematian.
Untuk kali ini, ana kongsikan
pengalaman kedua ana. Kali ini urusan kematian saudara sebelah ayah. Arwah
adalah sepupu ayah. Ana mulakan travelog kembara ana.
Sesampai ana di rumah arwah, ana
tengok ramai orang memakai pakaian seragam bomba. Rupanya arwah adalah seorang
bomba. Ramai orang di rumah arwah. Ana naik ikut pintu belakang. Ramai sangat
muslimin kat depan.
Ana duduk di tepi seorang makcik.
Ana nampak suasana rumah masih suram, tamu-tamu berduka, bersedih mengenang
arwah. Apa yang mengkagumkan ana, hampir 70% muslimat di dalam rumah memakai
jilbab yang labuh. Ana mengenali arwah sebagai seorang yang menekankan didikan
agama dalam keluarganya. Keluarga arwah menekankan didikan agama.

Jelas kelihatan raut tenang di
wajah-wajah suci muslimat. Barangkali mereka adik-beradik dan saudara mara arwah.
Ana tengok mereka buat kerja sambil mendoakan kebaikan dan keampunan untuk
arwah. Yang lebih mengkagumkan ana, orang yang paling banyak membantu urusan
jenazah arwah adalah Mak Cik Yah, isteri arwah sendiri. Kekuatan dan
ketabahannya mayakinkan ana bahawa Mak Cik Yah adalah isteri solehah, bakal
bidadari Syurga, insyaAllah.
Sedang ana duduk-duduk, saudara
menjemput semua tamu untuk menatap wajah suci arwah buat kali terakhir. Ana
kekal di tempat ana, membiarkan saudara-saudara terdekat untuk menatap arwah.
Ramai juga yang ingin menatap wajah arwah. Ana rasa tenang melihat
kelibat-kelibat muslimah berjilbab labuh, ana dapat rasakan suasana dan aura
yang baik sedang menaungi rumah kecil itu.
Tiba-tiba ana lihat Mak Cik Yah
memegang tangan seorang anak perempuan, jelas mukanya masih menangis. Anak
perempuan itu adalah anak bongsu arwah. Mak Cik Yah memimpin anaknya untuk
mencium wajah arwah ayahnya buat kali akhir. Sayu juga saat itu. Ramai yang
menitiskan air mata. Ana sedih juga. Selepas menatap wajah arwah, anak perempuan
itu duduk di sebalah ana. Ana dengar perbualan Mak Cik Yah dengan anaknya. “Nak
ikut umi pergi kubur tak?” Anaknya diam membisu. “Umi nak pergi kubur, umi
pergi sekejap je, nanti umi balik.” Umi menyambung bicara “Kakak dah solat zohor
ke? Pergi solat dulu, tak baik solat lambat, nanti lambat pula solat kalau
pergi kubur”. “Mari kita solat dulu,umi bawa kakak ambil air sembahyang, mari
ikut umi”. Teliti ana mendengar bait-bait kata seorang umi kepada anak
perempuannya. Mak Cik Yah berbicara dengan penuh kasih sayang, lembut tuturnya,
ikhlas dari jiwa. Terdetik di hati, ingin menjadi umi yang baik seperti Mak Cik
Yah, ibu mithali.
Waktu nak solat jenazah, ada
seorang kakak keluar dari bilik, dengan pakaian sembahyang, keluar untuk
sama-sama solatkan jenazah. Wajahnya nampak bersedih lagi. Beruntung arwah,
ramai solatkan jenazahnya. Mudahan arwah ditempatkan bersama di dalam kalangan
penghuni-penghuni Syurga, tempat keabadian yang terindah, idaman pemilik hati
yang mendambakan Kasih Agung Pemilik Cinta Teragung. Allahu Rabbi.
Ana terfikir, bagaimana ana disaat
kematian. Bagaimana kesudahan kita? Bagaimana keadaan orang yang hadir di
majlis kematian ana? Apa topik perbualan mereka? Bergembira atau berduka dengan
kehilangan kita? MasyaAllah…. Seakan ada air hening di tepi kelopak mata ana..
Sungguh kematian itu mengajar
kita menginsafi diri. Alangkah pelik manusia yang masih leka ketawa sedangkan
kematian makin menghampirinya.
Berusahalah menjadi manusia baik,
manusia acuan al-Quran, manusia yang dilahirkan untuk akhirat.
Orang tidak malu pada kita jika
kita banyak duit, tapi orang akan malu pada kita jika kita baik budi. Hiduplah
menabur budi. Memberi dengan apa yang ada. Pemberian bukan dinilai dengan wang
semata-mata, bahkan pemberian kasih sayang kadangkala jauh lebih bernilai
daripada wang ringgit.
Ingat mati, anda bijaksana.
Allahu Rabbi.
Assalamu'alaykum, izin copaz pic na
ReplyDeletesilakan...:)
ReplyDelete