marquee

Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah, sempat lagi menyambut HARI LAHIR ana..

Asalamualaikum..
Sedikit coretan ringkas..

Apa perasaan kita menyambut hari lahir? Biasa2 je? Gembira? Sedih?..xkan nak sedih..



Suatu hari ana di tanya: "Berapa dah umur?" "umur baru 24 tahun " ringkas ana menjawab.. "ooh, muda lagi.."

BARU 24 tahun ..MUDA LAGI?..
Jom fikir balik
Betul ke kita masih muda? Betul ke kita belum tua?

Suka ana berkongsi apa yang ana baca dalam buku: "Batu bata Kehidupan-Hilal Ashraf.." 
Ideanya lebih kurang begini:

Umur kita sebenarnya dah tua..jom teliti lagi..

Berapa umurmu? Ana dan 24 tahun. Apa yang dah ana buat sepanjang umur ana ini? Bukankah ana sepatutnya MATANG dan SERIUS? Ana mampu membina sifat ini. Cukuplah mengisi umur ini dengan perkara-perkara  lagha (leka,xbermanfaat) dan merosakkan. Bukankah itu mampu ana lakukan? Ana perlu bersungguh2 meningkatkan kualiti diri, menjadi hamba terbaik, memenuhi sifat-sifat mukmin yang proaktif yang mampu menyumbang unt umat sejagat. Ana mampu lakukan.


Ana sudah 24 tahun..
Sudah tua untuk tidak serius, 
Sudah tua untuk bermain-main, 
sudah tua untuk sekadar bermain di bidang teori tanpa mempraktikkan ilmu,
sudah tua untuk buat tak kisah,
sudah tua untuk tak bersedia, 
sudah tua untuk leka melampau..


SUDAH TUA sebenarnya..

Ayuh teliti sumbangan pejuang muda. Muda ini zaman berjuang. Lihatlah, saksikan kehebatan mereka..

1. Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel ketika berusia 21 tahun,  pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.-Kota konstantinopel bukanlah kota musuh yang sembarangan. 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq:

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Nabi sendiri penah bersabda mengenai kedatangan Sultan Muhammad al-Fateh ni. Bahkan, seorang sahabat Rasullullah s.a.w, Abu Ayub al-Ansari menginginkan jasadnya dikuburkan di tembok kota Constantinople, dan apabila ditanya beliau menjawab;

"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
MasyaAllah, betapa hebatnya psemangat dan perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikannya ibu kota. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri.

 Sumber:1-http://www.bookcafe.com.my/en/novel-dan-sastera/sultan-muhammad-al-fateh.html..2-http://farah-hime.blogspot.com/2011/03/kenali-tokoh-siapakah-sultan-muhammad.html

 

 2. Usamah adalah anak dari Zaid bin Haritsah dengan Ummu Aiman yang sangat dikenal, karena ia ditunjuk sebagai seorang panglima perang dalam usia 17 tahun dikarenakan ia dikenal sebagai pemuda yang berani dan tangguh.


3 Abdullah Bin Umar-Ibnu Umar masuk Islam bersama ayahnya ketika dia masih kecil, dan ikut hijrah ke Madinah bersama ayahnya. Pada usia 13 tahun ia ingin menyertai ayahnya dalam Perang Badar, namun Rasulullah menolaknya. Perang pertama yang diikutinya adalah Perang Khandaq. Ia ikut berperang bersama Ja'far bin Abu Thalib dalam Perang Mu'tah, dan turut pula dalam pembebasan kota Makkah (Fathu Makkah). Setelah Nabi Muhammad meninggal, ia ikut dalam Perang Yarmuk dan dalam penaklukan Mesir serta daerah lainnya di Afrika.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Sahabat_Nabi 

 

Lihatlah, Fikirlah dan Zikirlah... Sungguh hebat ciptaan Allah. Anak mudalah pejuang agama. Bagaimana kita nak balas budi Allah yang terlalu banyak buat kita?

APA yang telah  anda sumbangkan pada islam?

KITA PEMUDA AGAMA..
Kemana kita mengekploitasi kekuatan?
Kemana kita curahkan tenaga?
Ke mana kita manfaatkan kecerdasan akal muda?

Subhanallah, apa lagi yang kita tunggu. Umur semuda itu sudah mampu menggoncang dunia. Kita juga mampu kerana kita adalah MUSLIM.

JOM BUAT SESUATU YANG BOLEH MENYUMBANG UNTUK ISLAM!!!

 ALLAHU RABBI..


 

 



 

Kreatif

Assalamualaikum..

Apa persepsi anda tentang kreatif?



Pada hemat ana,kreatif perlu pada sesetengah tempat. Daripada kreatif akan lahir inovatif. Begitu juga ada pandangan mengatakan inovatif melahirkan kreatif.. Kedua2nya mungkin betul selagi ada teori yang menyokong. Terpulang..

Untuk jadi pemikir yang kreatif, kita perlu rajin berfikir. Ini menggalakkan akal kita untuk melaksanakan tugasnya. Orang yang rajin berfikir nampak apa yang orang malas berfikir x nampak.Kenapa ana sebut orang malas berfikir? Sebab dalam dunia ni, xd manusia x berfikir. Ada 2 kategori manusia shj:
1.Rajin berfikir. 2.Malas berfikir..

Anda di kategori mana?

Amat rugi jika di kategiri kedua.
Beruntungkan bagi yang berada di kategori pertama.

"Afala tatafakkarun???"

Allahu Rabbi..

Saturday, June 25, 2011

Motivasi buat sahabat pelajar

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni ana nak kongsi sedikit cara untuk rasa bermotivasi..dalam konteks seorang pelajar...



1. Malam sebelum tidur, buatlah sembahyang taubat..Mohon pengampunan ALLAH..kemudian, maafkan semua orang dulu..maafkan everything.. orang jealous ker, orang dengki ker, orang ngumpat ker.. MAAFKANLAH.. Sedang Allahpun memaafkan hambaNya, siapa kita untuk meletakkan harga kemaafan pada tahap yang begitu tinggi?? Allahurabbi..
2. Bangun pagi, terus senyum..aura semangat akan datang...then, baca doa bangun tidur, jaga akhlak muslim..
3. Mandi, siapkan diri..,solat, mengaji. Kalau malas sgt, baca surah Al Ikhlas 3x atau 3 Qul..
4. Sarapan ..mesti jaga kesihatan..
5.P akai wangi-wangi nak pegi belajar.. sebab kita akan rasa selesa.. BUT, PLEASE jaga adab, perempuan jangan wangi sampai lelaki terbau wangian dan memandang..Haram tu..
6.Suasana belajar mesti banyak warna kuning dan hijau.. tampal meja warna kuning or hijau.. feel fresh..
7.Kalau boleh, meja biar menghadap kiblat, molek lagi, biar menghala ke tingkap.. sebab otak perlu 2 makanan: gula dan O2-oksigen..barulah sentiasa segar.
8. Banyakkan minum air masak..Mengantuk itu antara tanda x cukup air...

Sedikit perkongsian dari ana, selamat beramal, moga sama-sama dapat manfaat..

Allahu Rabbi..

MOTIVASI HATI

TIP CERIA, BERMULA DI AWAL PAGI LAGI 

Assalamualaikum 
Ana nak kongsi sedikit tip untuk jadi gembira. Gembira dan tenang itu akhlak orang mukmin.


1. Mulakan bangun pagi dengan senyuman
2. Baca doa bangun tidur,selawat buat Baginda
3.Mesti niatkan nak jadi lebih kuat dan hebat daripada semalam.(orang mukmin mesti kuat)
4. Mesti ceria-ceria je buat ape-ape pun..simple,..yang penting: hati mesti baik DAN akhlak muslim mesti dijaga.

 
Bagaimana nak dapat hati yang baik?
... Husnu Zhon (baik sangka), iaitu berbaik sangka pada semua. Bila kita baik sangka, kita akan sentiasa tenang. Bila tenang, xd la marah-marah.. 




Ingat pesan baginda "Jangan Kamu Marah.." nabi ulang 3x..Itulah betapa pentingnya untuk memiliki hati baik.

"Orang yang hebat, dia boleh memotivasikan diri sendiri.
Tanda orang bahagia, dia kalau buat apa pun dalam hidup dia, dia buat dengan cara yang terbaik dan paling hebat...
Itulah orang BAHAGIA
Itu tanda orang BERSYUKUR"
**Dr HJ Mohd Fadhilah Kamsah** 
 
Allahu rabbi ..

Jom Fikirkan Akibat meniru.. DAHSYAT..


Assalamualaikum..

Pernah tak meniru dalam exam???

Aikk, macam terkena kan.. hehehe.. kantoi,
Well meh kita tengok kesan meniru ni..


First, kita tiru paper kawan kita, tak kisah la, banyak atau sikit, 1 soalan pun, kalu dah namanya meniru, meniru jugak tu. ok, let's say disebabkan kita tiru satu soalan tu, kita dapat result 'A'..Allah.. bahagianya aku saat tu.. Pastu kita boleh grad, pastu apply kerja pun dapat, Sebab result yang kita dapat tu CANTIK.. kita tiru satu soalan je, so nampak cantik result or transkrip kita.. ok..kita pun dapat kerja hasil result yang cantik tu.. Pastu bila kerja dapat gaji.. duit tu la yang kita buat tanggung family kita.. Ehh, cuba pikir balik, duit tu hasil kerja yang kita dapat sebab resul kita tadi..result meniru.. meniru tu boleh ke?? TAK BOLEH..itu menipu tu.. nabi benci.. haram.. so duit kita dapat tu.. dah jadi duit haram..
Nauzubillah min zalikk..
 

pikir-pikir lah.. sama-sama KITA berubah..

PINTU TAUBAT SELAMANYA TERBUKA SELAGI NYAWA BELUM DI HALQUM..

ALLAHU RABBI..

Wednesday, June 22, 2011

Ana vs Che' Kamb...Apa hikmahnya?


Assalamualaikum.. 

Suka sangat bila apa yang kita impikan dapat dicapai dengan mudah. Syukur dipanjatkan padaNYA. Segala perancangan telah dipermudahNYA. Dah lama ana berniat nak tanam pokok bunga depan rumah. Rumah ana tu baru je siap sebenarnya. Sebab tu ana semangat sangat nak menghias rumahnya syurganya tu. 

Bila dapat je pokok bunga tu (sebenarnya mak saudara dia yang bagi sebab dia pergi rumah mak saudaranya petang tu), dia terus je tanam kat depan rumah. Dia menyusun bata2 menjadi segi empat. Kemudian dia cangkul dan gemburkan tanah. Kemudian dia angkut tanah2 tu dan masukkan dalam kotak bata yang dah disusunnya tadi. Kemudian dia basahkan tanah tu dengan sedikit air. Lastly, dia buat lubang2 kecil dengan jarinya dan masukkan bunga2 tadi dan kemaskan tanah tu kembali. Bunga tu boleh di tanam melalui batangnya. Kotak itu akhirnya dipenuhi bunga yang ana tanam. Gembira di hati, Allah je yang tahu.

Keesokannya, ana terkejut + gembira sebab pokok yang ditanam semalam dah berbunga.. Ooohh,! cantik sungguh! Ada warna putih, oren, kuning, pink, pink slow, pink terang..macam2 warnalah. Sepatutnya ana xpayah susah2 nak terkejut pun, sebab memang pokok bunga tu senang hidup dan berbunga. Tapi disebabkan terlalu excited,xpe la, kita layan je dia. 

Petang tu, sedang ana duduk-duduk layan FB dan surf tenet, dia nampak kelibat hitam putih. OHH NO0o!!! Che' Kamb milik jiran dah datang. "Ni mesti nak makan bunga aku, siap kau Che' Kamb".. Cepat2 dia berlari. Dengan semangat membara + tekad yang tinggi + niat yang satu iaitu menghalau Che' Kamb dan menyelamatkan bunga kesayangannya, dia menerpa ke arah Che' kamb..(Bunga ana tu sebenarnya boleh juga dipanggil anak bunga sebab bunga tu kecik lagi.) 

Akhirnya Che' Kamb lari dlm keadaan terkejut sbb ia x tau dari mana manusia bernama ana tu datang.. Kesian Che' Kamb, sempat merasa sikit je hidangan kuih anak bunga petang tu. Ana menilik2 anak bunganya."Oww, alhamdulillah, ada lagi. Selamat Che Kamb xpijak kebun anak bunga i ni.."

Ana kembali ke meja melayan FBnya. Hakikatnya, matanya xpernah berhenti melilau. Takut2 Che Kamb nak 'berparty' lagi kat situ..


***
Kenapa ana nak share this story?
*PENGAJARAN*

Sebenarnya cerita ni bukan diceritakan saja2. Ada pengajaran yang boleh di ambil. Sebenarnya ana pernah bincang dengan seorang sahabat yang sangat ana hormati dan muliakan. (Semoga Allah terus memberkati hidupnya..dan unt kalian juga yang sedang membaca ni.)

APA yang boleh kita belajar daripada bercucuk tanam?

>>>> Ia mengajar kita erti hidup dan tawakal<<<

Sahabat ana cakap, menanam ni perlukan kesabaran. Belum tentu apa yang kita tanam tu akan pasti tumbuh. Kita bersusah payah menanam pokok itu, menyiramnya pagi dan petang, mengawal jangkitan ulat, menghalau serangga2 pemusnah. Kadang2 bergaduh dengan ayam. (x lupa juga Che' Kamb yang comel tu..). Allah, bukan senang nak jaga tanaman ni.  Kesabaran yang tinggi amat2 diperlukan sepanjang proses pembesaran pokok itu. Usaha yang dituntuk bukan sedikit nilainya. Perlu bekorban masa dan tenaga menjaganya. 

Tapi bayangkan jika suatu hari, bila kita pulang dari kedai, kita dapati pokok yang kita tanam tu dah musnah. Bersepah kebun kita. Mak su kata ada lembu masuk dan makan semua tanaman. Memijak2 anak2 pokok yang sedang ingin mula subur tu. Kebun tanaman dan bunga yang kita usahakan itu dah hancur. Sedih x?

Begitu juga hidup kita, apa sahaja yang kita buat, kita mesti ingat. Itu semua adalah kehendak Allah. Allah dah aturkan segalanya. Kita harus berlapang dada dengan semua perkara yang berlaku. Lebih2 lagi apabila ditimpa musibah. Inilah erti hidup. Setiap denyut nadi kita, gerak tubuh kita, perjalanan darah kita, pernafasan kita, arah tuju kita, hasil usaha kita..segalanya telah di atur Allah dengan cukup baik. Allah tak pernah tersalah menguji kita. Apalagi, Dialah yang mengatur hidup kita dengan cukup indah dan sempurna. Orang yang faham konsep penyerahan diri kepada Allah akan melalui segala ujian ini dengan cemerlang. Iulah erti tawakkal. Memang benar, kita wajib usahakan yang terbaik, Usaha itu wajib. Tapi jangan lupa tugas selepas usaha itu. Itulah tawakkal. Ramai orang mampu berusaha, tapi x ramai yang benar2 mampu bertawakkal padaNya. Sebab itu ramai yang kecundang. Menyalahkan orang lain dengan kekalahan dan kegagalannya dalam mengusahakan sesuatu. Sayang sungguh. Andai mereka tahu, Allah sedang menanti kita di setiap hujung jalan usaha kita. Serahkan segala usaha kita padanya. Sebab usaha kita adalah milikNya. Redholah dengan ketentuanNya. Pasti hidup kita akan menemui kebahagiaan dan kemanisan. Halawatul iman.

Ayuh sahabat, sama2 dengan ana untuk baiki diri. Allah itu sangat sayangkan kita. Dia menunggu kita bermanja denganNya. Dia terlalu cinta kita. Serahkan hatimu untukNYA. Tawakkal padanya. Pasti kau ketemu jalanmu.

ALLAHU RABBI.



IlmuNYA..silap Ana..

Assalamualaikum..
sedikit coretan .. 

***
KRING..KRING.........KRING..KRING..
(bingit sungguh bunyi telefon di pagi hari..mmg xsuka bunyi telefon tu sebenarnya..)

Siapa call pagi-pagi ni? Berlari ana mengangkat telefon..

-Asalamualaikum.. Ana, wakpe tu?
-waalaikum salam..oo..Makcik ani..xbuat apa2 pun..biasala pagi-pagi, kemas umah sikit..hehe.. kenapa?
-ooh, rajin sungguh dia. Masak pe pagi ni?
-Masak? uishh, kita ni, duk sorang-sorang breakfirst dgn roti and biskut la..omputih..hehe. klu masak xd orang nak makan jg,semua pg sekolah.
-ye lah, duk sorang..
-ye..ye..doh bakpe (knp) makcik..ada apa ni?
-hoo..ni, makcik nak tanye ni..Boleh x anak kita masuk unversiti guna kabel ni?*(guna orang kuat)

**Terkejut + bungkam sekejap ana ditanya soalan tu..alamak, kenapa ana ditanya dalam telefon, klu mesej senang sikit. Boleh cek dulu hukum dari kitab atau tanya ustaz. Macam mane nak jawab ye? Akal mula berputar, lebih laju dari kipas kat syiling tu..

-ooo.. itu ke.. xp2.. anak makcik dapat masuk U dah? Tahniah..
-Belum lagi, tapi ada orang nak tolong,sbb rayuan tak dapat...
-oooo..ok2..

**Macam mane ni..bismillahirrahmanirrahim..

-Gini la, isu ni banyak sgt berlaku dalam masyarakat kita. Nak bendung tu memang payah la. Banyak sgt berlaku ni..(ana cuba relatekan dgn konsep 'umum balwa'-satu keadaan di mana kita xdpt elak sesuatu yg x elok terjadi. Cth: percampuran lelaki dan perempuan di pasar).. Ok, dlm persaingan macam ni,kalu kita x buat apa2, itu seolah2 kita x berusaha. Memang betul, kitabergantung pada Allah dgn result SPM yg kita dapat tu.Tapi, xboleh tawakal gitu je. Kita mesti ikhtiar juga selagi ada daya. Pergi buat rayuan trus ke U tu. Klu ada kabel, lagi baik, kita anggap tu rezki Allah nak bagi.
-oo.. dah kiranye xp la ni?
-emm, xp rase nya..


**jawab ana dengan agak konfiden. InsyaAllah betul apa ana cakap ni.Ana tambah lagi unt bagi hujah makin kuat..

-Ok, dari sudut positif, kita kena ingat, bila kita masuk U sbb pertolongan orang, kita wajib rasa rendah diri. Sebab kita masuk U bukan atas kelayakan, tapi sbb orang tolong.. Bila dah ada rasa rendah diri, kita akan ada rasa kesedaran untuk belajar betul2. Kita tahu bhw kita d U tu sbb belas ehsan orang yang tolong kita.. Jadi ini mugkin boleh memotivasikan orang yang nak menuntut tu, anak makcik.. Dia akan belajar rajin2..

**Keyakinan makin bertambah..

-Dah dari sudut negatif apa?
-Negetifnya xsedap la, sebab nanti orang kata macam-macam..Ala,masuk U guna kabel..
-ye juga kan.. ho lah.. payah sungguh belajar sekarang..
-ye, kena betul2 semangat..niat belajar mesti betul. Betulkan niat, pasang tekad, kuatkan azam, usaha bersungguh2..gapai kejayaan.
-sungguh tu..Dah xp la gitu.. makcik tanye sbb x tau. xsalah tanye budak2, sbb kadang2 ilmu budak lagi banyak dari orang tua.Terima kasih byk2.. sambung la keje balik..
-ye2.. ana pun sebenarnya tak pandai pun. Ilmu ana dapat, ana kogsi mane yg tahu.. moga ada manfaatnya.
-insyaAllah.. Assalamualaikum.
-Waalaikum salam..

**Telefon diletak. ana masih termenung. Ada unsur2 xyakin dengan jwpannya. Ana mesti hubungi Ust.. 
Ana menggapai handsetnya, membuka menu mesej. Mesej di taip dan di sent kepada ustaznya..
xberapa lama, mesej dari ustaz diterima.

Ana bingkas bangun untuk membaca pandgn ust berhubung isu ni..

Jawab ustaz ku yang mulia: Bagi ustaz, memang belajar di galakkan. Tapi kena ingat, jika semua orang buat begitu(guna kabel), baru kita boleh buatsebab mempertahankan hak dalam persaingan. Adapun, jika kita seorang yang buat, itu dah makan hak orang dan berdosa.

**Ringkas mesej ustaz.

Ana membalas: Ya Allah, betul ust kata tu. Ana x teringat langsung soal hak tadi. Alhamdulillah ust dah ingatkan.Nanti ana akan ingatkan pada mak cik Ani tadi. Betul tu ust, bila nafsu dah berjaya menguasai diri, hak orang kita dah campak ketepi je. Indah sungguh islam dengan menjaga hak2 saudaranya. Terima kasih banyak2 ust atas ingatan itu.Sangat penting tu ustaz. wajib kitra jaga hak orang yang berhak. Subhanallah, moga Allah terus memandu kita di atas landasan yang benar..

**Ana terus menghubungi makcik Ani, memperbetulkan hujahnya yang goyah tadi. Ana bersyukur diberi peluang memperbetulkan silap sendiri...

Jahilnya diri ini. Syukur, Allah masih menjaga ana..

ALLAHU RABBI.

Monday, June 20, 2011

IKHLAS KE BUAT IBADAH MENGHARAPKAN GANJARAN DARI ALLAH?

ASSALAMUALAIKUM
 
Dlm ceramah ust azhar

Ada org kata jika kita buat ibadah kerana mengharapkan ganjaran dari Allah itu adalah tidak baik, jadi xikhlas beribadat.. 
Macam mane tu?

Ulama ada menjawab, antaranya Imam Nawawi dlm kitabnya dlm syarah hadis matan al-arbain:
amalan itu dikatakan tetap menjadi ikhlas kerana mengharap ganjaran dari Allah. Kita mengharap pada janji ALLAH. jika amalan mengharapkan ganjaran dari manusia, itu baru jadi x ikhlas.. subhanallah..

Di sini timbul isu tahap2 ikhlas. dan orang yang plg tinggi ikhlasnya adalah orang yg buat amalan bukan kerana mengharapkan ganjaran, tapi kerana betul2 untuk ALLAH. Itulah keikhlasan yang paling tinggi. Adapun jika kita buat ibadah krn mghrpkn ganjaran ALLAH, ia msh dlm tahap2 keihlasan itu lagi. 

Semoga kita mampu berada di tahap tertinggi itu.. subhanallah 

Allahu rabbi 

Pesan seorang guruku

Asalamualaikum..
Suka ku kongsi sebuah pesanan.

Pesan seorang guru: (maknanya lebih kurang begini:-)

Bila kita buat ibadah, jangan buat sebab mengharapkan pahala dan ganjaran drpd Allah.

Jika kita sayang seseorang, kita sanggup buat apa sahaja untuknya walaupun kita x dapat apa2 pun drpdnya. Benar kan?

Contohnya:
Seorang isteri akan sanggup buat segala kerja rumah tangganya. walaupun dia penat bekerja, dia tetap buat kerja rumah, tetap memasak, tetap membasuh baju, tetap menjemur baju, tetap melayan kerenah anak2 dengan penuh lembut bicara, walaupun dia penat...kenapa? sebab dia CINTAKAN KELUARGANYA. walaupun dia xdapat upah membasuh baju, memasak, menjemur, dia x kisah. sebab bukan upah matlamatnya.Dia cuma  nak keluarganya selamat, bahagia, sihat dan gembira.

Jk diteliti, si isteri tadi memang x dapat apa2 drpd keluarganya.xdapat upah pun. xd pun anak2 bg RM5 unt setiap makanan yg dihidangkan.Suami xperlu bayar RM 10 unt baju2 yang dicuci.Tapi berkat keikhlasan si isteri, dia secara automatik mendapat kasih dan sayang serta kerinduan yang cukup bermakna drpd keluarganya.. Subhanallah.

Begitu juga selayaknya kita dengan Allah. Jika benar2 kita cintakan Allah, kita x perlu buat ibadah sebab mengharapkan upah dan ganjaran..

Kita buat ibadah sebab KITA BETUL2 SAYANG ALLAH.

HATI KITA INI SEBENARNYA sangat2
rindu untuk BERBICARA denganNya,
rindu MENDENGAR kalam bicaraNya,
rindu MELUAHKAN perasaan denganNya,
Rindu BERKONGSI cerita denganNya.
HATI KITA INI TERLALU RINDU SEBENARNYA..

KENAPA KITA MENAFIKAN KEBENARAN ITU?
BAGILAH HATI KITA HAKNYA..
kita pasti akan merasai betapa manisnya barsamaNya.

*Ganjaran yang Allah sediakan untuk kita tu sebenarnya sebagai hadiah dariNYA untuk kita.Terimalahlah hadiah dariNya, sebab Allah tahu, kita belum benar2 ingin mencintaiNya.. Macam2 Allah bagi,untuk membuatkan kita menyayangiNya.

Bila lagi ingin kita buka hati kita UNTUKNYA?

ALLAHU RABBI.