marquee

Wednesday, June 22, 2011

Ana vs Che' Kamb...Apa hikmahnya?


Assalamualaikum.. 

Suka sangat bila apa yang kita impikan dapat dicapai dengan mudah. Syukur dipanjatkan padaNYA. Segala perancangan telah dipermudahNYA. Dah lama ana berniat nak tanam pokok bunga depan rumah. Rumah ana tu baru je siap sebenarnya. Sebab tu ana semangat sangat nak menghias rumahnya syurganya tu. 

Bila dapat je pokok bunga tu (sebenarnya mak saudara dia yang bagi sebab dia pergi rumah mak saudaranya petang tu), dia terus je tanam kat depan rumah. Dia menyusun bata2 menjadi segi empat. Kemudian dia cangkul dan gemburkan tanah. Kemudian dia angkut tanah2 tu dan masukkan dalam kotak bata yang dah disusunnya tadi. Kemudian dia basahkan tanah tu dengan sedikit air. Lastly, dia buat lubang2 kecil dengan jarinya dan masukkan bunga2 tadi dan kemaskan tanah tu kembali. Bunga tu boleh di tanam melalui batangnya. Kotak itu akhirnya dipenuhi bunga yang ana tanam. Gembira di hati, Allah je yang tahu.

Keesokannya, ana terkejut + gembira sebab pokok yang ditanam semalam dah berbunga.. Ooohh,! cantik sungguh! Ada warna putih, oren, kuning, pink, pink slow, pink terang..macam2 warnalah. Sepatutnya ana xpayah susah2 nak terkejut pun, sebab memang pokok bunga tu senang hidup dan berbunga. Tapi disebabkan terlalu excited,xpe la, kita layan je dia. 

Petang tu, sedang ana duduk-duduk layan FB dan surf tenet, dia nampak kelibat hitam putih. OHH NO0o!!! Che' Kamb milik jiran dah datang. "Ni mesti nak makan bunga aku, siap kau Che' Kamb".. Cepat2 dia berlari. Dengan semangat membara + tekad yang tinggi + niat yang satu iaitu menghalau Che' Kamb dan menyelamatkan bunga kesayangannya, dia menerpa ke arah Che' kamb..(Bunga ana tu sebenarnya boleh juga dipanggil anak bunga sebab bunga tu kecik lagi.) 

Akhirnya Che' Kamb lari dlm keadaan terkejut sbb ia x tau dari mana manusia bernama ana tu datang.. Kesian Che' Kamb, sempat merasa sikit je hidangan kuih anak bunga petang tu. Ana menilik2 anak bunganya."Oww, alhamdulillah, ada lagi. Selamat Che Kamb xpijak kebun anak bunga i ni.."

Ana kembali ke meja melayan FBnya. Hakikatnya, matanya xpernah berhenti melilau. Takut2 Che Kamb nak 'berparty' lagi kat situ..


***
Kenapa ana nak share this story?
*PENGAJARAN*

Sebenarnya cerita ni bukan diceritakan saja2. Ada pengajaran yang boleh di ambil. Sebenarnya ana pernah bincang dengan seorang sahabat yang sangat ana hormati dan muliakan. (Semoga Allah terus memberkati hidupnya..dan unt kalian juga yang sedang membaca ni.)

APA yang boleh kita belajar daripada bercucuk tanam?

>>>> Ia mengajar kita erti hidup dan tawakal<<<

Sahabat ana cakap, menanam ni perlukan kesabaran. Belum tentu apa yang kita tanam tu akan pasti tumbuh. Kita bersusah payah menanam pokok itu, menyiramnya pagi dan petang, mengawal jangkitan ulat, menghalau serangga2 pemusnah. Kadang2 bergaduh dengan ayam. (x lupa juga Che' Kamb yang comel tu..). Allah, bukan senang nak jaga tanaman ni.  Kesabaran yang tinggi amat2 diperlukan sepanjang proses pembesaran pokok itu. Usaha yang dituntuk bukan sedikit nilainya. Perlu bekorban masa dan tenaga menjaganya. 

Tapi bayangkan jika suatu hari, bila kita pulang dari kedai, kita dapati pokok yang kita tanam tu dah musnah. Bersepah kebun kita. Mak su kata ada lembu masuk dan makan semua tanaman. Memijak2 anak2 pokok yang sedang ingin mula subur tu. Kebun tanaman dan bunga yang kita usahakan itu dah hancur. Sedih x?

Begitu juga hidup kita, apa sahaja yang kita buat, kita mesti ingat. Itu semua adalah kehendak Allah. Allah dah aturkan segalanya. Kita harus berlapang dada dengan semua perkara yang berlaku. Lebih2 lagi apabila ditimpa musibah. Inilah erti hidup. Setiap denyut nadi kita, gerak tubuh kita, perjalanan darah kita, pernafasan kita, arah tuju kita, hasil usaha kita..segalanya telah di atur Allah dengan cukup baik. Allah tak pernah tersalah menguji kita. Apalagi, Dialah yang mengatur hidup kita dengan cukup indah dan sempurna. Orang yang faham konsep penyerahan diri kepada Allah akan melalui segala ujian ini dengan cemerlang. Iulah erti tawakkal. Memang benar, kita wajib usahakan yang terbaik, Usaha itu wajib. Tapi jangan lupa tugas selepas usaha itu. Itulah tawakkal. Ramai orang mampu berusaha, tapi x ramai yang benar2 mampu bertawakkal padaNya. Sebab itu ramai yang kecundang. Menyalahkan orang lain dengan kekalahan dan kegagalannya dalam mengusahakan sesuatu. Sayang sungguh. Andai mereka tahu, Allah sedang menanti kita di setiap hujung jalan usaha kita. Serahkan segala usaha kita padanya. Sebab usaha kita adalah milikNya. Redholah dengan ketentuanNya. Pasti hidup kita akan menemui kebahagiaan dan kemanisan. Halawatul iman.

Ayuh sahabat, sama2 dengan ana untuk baiki diri. Allah itu sangat sayangkan kita. Dia menunggu kita bermanja denganNya. Dia terlalu cinta kita. Serahkan hatimu untukNYA. Tawakkal padanya. Pasti kau ketemu jalanmu.

ALLAHU RABBI.



3 comments:

  1. allahu robbi...mmg betul ap y dikatakn ukhti 2,,tp kdg2 kite sbg manusia tdk dpt lari dr rs sedih kecewa n sebagainy,,,hakikatny kita sbg manusia harus bnyk2 muhsbh diri n sentiasa sedia n sedar bhw hidup ini bkn milik kite bahkn pnjmn semata2,,hrs sedia bl2 ms kite blh tgglkny tnp amaran krn ajal itu dtg tdk dilewatkn n tdk pl diawalkn..allahu akbar,,,astaghfirullahal 'azim,,,betapa kerdilny diri ini,,Ya Allah!

    ReplyDelete
  2. Betul tu ukhtie..timbul persoalan, kenapa kita diuji??? jwpnnya hanya satu:sebab kita hamba. terpulang pada TUAN unt buat apa sahaja pada hambanya.. hakikatnya, Allah sgt syg kita. ujian xpernah silap @ tersalah. Ia datang tepat pada waktu dan tepat pd orang sasarannya.. ujian datang untuk meningkatkan darjat. Tempuhi ia dengan Redha, pasti berkat menunggu di poenghujungnya.

    ReplyDelete
  3. ye..Allah menguji kita sebab sayang akan kita...penyakit penghapus dosa...

    ReplyDelete