marquee

Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah, sempat lagi menyambut HARI LAHIR ana..

Asalamualaikum..
Sedikit coretan ringkas..

Apa perasaan kita menyambut hari lahir? Biasa2 je? Gembira? Sedih?..xkan nak sedih..



Suatu hari ana di tanya: "Berapa dah umur?" "umur baru 24 tahun " ringkas ana menjawab.. "ooh, muda lagi.."

BARU 24 tahun ..MUDA LAGI?..
Jom fikir balik
Betul ke kita masih muda? Betul ke kita belum tua?

Suka ana berkongsi apa yang ana baca dalam buku: "Batu bata Kehidupan-Hilal Ashraf.." 
Ideanya lebih kurang begini:

Umur kita sebenarnya dah tua..jom teliti lagi..

Berapa umurmu? Ana dan 24 tahun. Apa yang dah ana buat sepanjang umur ana ini? Bukankah ana sepatutnya MATANG dan SERIUS? Ana mampu membina sifat ini. Cukuplah mengisi umur ini dengan perkara-perkara  lagha (leka,xbermanfaat) dan merosakkan. Bukankah itu mampu ana lakukan? Ana perlu bersungguh2 meningkatkan kualiti diri, menjadi hamba terbaik, memenuhi sifat-sifat mukmin yang proaktif yang mampu menyumbang unt umat sejagat. Ana mampu lakukan.


Ana sudah 24 tahun..
Sudah tua untuk tidak serius, 
Sudah tua untuk bermain-main, 
sudah tua untuk sekadar bermain di bidang teori tanpa mempraktikkan ilmu,
sudah tua untuk buat tak kisah,
sudah tua untuk tak bersedia, 
sudah tua untuk leka melampau..


SUDAH TUA sebenarnya..

Ayuh teliti sumbangan pejuang muda. Muda ini zaman berjuang. Lihatlah, saksikan kehebatan mereka..

1. Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel ketika berusia 21 tahun,  pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.-Kota konstantinopel bukanlah kota musuh yang sembarangan. 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq:

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Nabi sendiri penah bersabda mengenai kedatangan Sultan Muhammad al-Fateh ni. Bahkan, seorang sahabat Rasullullah s.a.w, Abu Ayub al-Ansari menginginkan jasadnya dikuburkan di tembok kota Constantinople, dan apabila ditanya beliau menjawab;

"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
MasyaAllah, betapa hebatnya psemangat dan perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikannya ibu kota. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri.

 Sumber:1-http://www.bookcafe.com.my/en/novel-dan-sastera/sultan-muhammad-al-fateh.html..2-http://farah-hime.blogspot.com/2011/03/kenali-tokoh-siapakah-sultan-muhammad.html

 

 2. Usamah adalah anak dari Zaid bin Haritsah dengan Ummu Aiman yang sangat dikenal, karena ia ditunjuk sebagai seorang panglima perang dalam usia 17 tahun dikarenakan ia dikenal sebagai pemuda yang berani dan tangguh.


3 Abdullah Bin Umar-Ibnu Umar masuk Islam bersama ayahnya ketika dia masih kecil, dan ikut hijrah ke Madinah bersama ayahnya. Pada usia 13 tahun ia ingin menyertai ayahnya dalam Perang Badar, namun Rasulullah menolaknya. Perang pertama yang diikutinya adalah Perang Khandaq. Ia ikut berperang bersama Ja'far bin Abu Thalib dalam Perang Mu'tah, dan turut pula dalam pembebasan kota Makkah (Fathu Makkah). Setelah Nabi Muhammad meninggal, ia ikut dalam Perang Yarmuk dan dalam penaklukan Mesir serta daerah lainnya di Afrika.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Sahabat_Nabi 

 

Lihatlah, Fikirlah dan Zikirlah... Sungguh hebat ciptaan Allah. Anak mudalah pejuang agama. Bagaimana kita nak balas budi Allah yang terlalu banyak buat kita?

APA yang telah  anda sumbangkan pada islam?

KITA PEMUDA AGAMA..
Kemana kita mengekploitasi kekuatan?
Kemana kita curahkan tenaga?
Ke mana kita manfaatkan kecerdasan akal muda?

Subhanallah, apa lagi yang kita tunggu. Umur semuda itu sudah mampu menggoncang dunia. Kita juga mampu kerana kita adalah MUSLIM.

JOM BUAT SESUATU YANG BOLEH MENYUMBANG UNTUK ISLAM!!!

 ALLAHU RABBI..


 

 



 

No comments:

Post a Comment