marquee

Friday, December 28, 2012

Bingkisan semangat buat teman


Bismillahirrahmanirrahim…

Esok sahabat-sahabat ana ada yang akan memulakan kembara menuju kerjaya mereka. Barangkali ada yang telah bergerak lebih awal kerana penempatan mereka agak jauh. Ana kagum dan bangga dengan sahabat-sahabat  yang memilih kerjaya yang sangat mulia, seorang pendidik, termasuk seorang sahabat yang amat ana sayangi. Moga Allah terus melindungi dan mencintainya..  Ya Allah, peliharalah jiwa-jiwa pendidik ini, mudahan ada hati-hati yang akan mendapat hidayah daripada tunjuk ajar mereka.



Kepada sahabat-sahabat yang amat ana cintai,teruslah laksanakan amanah buat mendidik jiwa-jiwa kerdil yang suci. Bawalah mereka mengenal Penciptanya. Teruslah kukuh demi mengangkasa martabat  ilmu. Kalian bakal membangkitkan jiwa-jiwa khalifah. Tiada apa yang mampu ana titipkan buat ingatan kalian, namun terimalah bingkisan ini istimewa buat kalian. 
 
Sebiru hari ini… birunya bagai langit terang benderang..
Sebiru hari kita…bersama di sini…
Seindah hari ini…indahnya bak permaidani taman Syurga…
Seindah hati kita..walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu..dalam tali kisah persahabatan Ilahi…
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya..hapus air mata meski kita kan terpisah..
Selamat jalan teman…tetaplah berjuang…
semoga kita bertemu kembali…
Kenang masa indah kita..di hari ini…

Allahu Rabbi..


 



No comments:

Post a Comment