marquee

Saturday, May 19, 2012

MASA: Kita penguasa atau yang dikuasai?

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...diberi kelapangan waktu untuk ana nukilkan sedikit cebisan pengalaman untuk dijadikan ibrah bersama. Sungguh benar kata yang berbunyi waktu itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. MasyaAllah..waktu adalah kehidupan... "al-waktu huwal hayah"..
الوقت هو الحياة



Sebenarnya ana selalu berhajat untuk menukilkan banyak perkara di blog ini, namun kerana keterbatasan waktu, ia agak menggugat semangat untuk melaksanakan hajat di hati. TAPI. bila difikir balik, ana kembali insaf. SEBENARNYA, bukan waktu yang terbatas, bukan tak cukup masa, bukan juga kesibukan kerja yang terlampau.. tapi realitinya ana yang tak mengurus masa dengan baik.


Alang-alang dah bercakap tentang masa, kali ni ana share tentang MASA lah.. apa tajuknya ye?

 MASA: Kita penguasa atau yang dikuasai? 

 Macam tajuk assigment ana sem 5 je bunyinya. "Kebebasan Beragama di Malaysia: Realiti atau retorik?"
 Bercakap tentang isu masa ni, ana teringat kisah seorang perempuan Inggeris, xsilap ana namanya Marry. Dia merupakan orang yang sangat berkepentingan di syarikatnya. Seorang pengurus yang berjaya menggemudi syarikat yang boleh dikategorikan sebagai terunggul. Mmm..sebenarnya,  itu bukan perkara pelik bagi dirinya, tapi apa yang pelik ialah dia sempat menguruskan semua perkara dalam hidupnya dengan sangat cemerlang dan barjaya. (Ini pun tak pelik juga, ana lah yang pelik..sebenarnya,  tak patut guna perkataan pelik pun di sini..kita tukar pelik tu kepada HEBAT. haa..baru sesuai)


Marry dianggap hebat kerana boleh mengurus banyak perkara walaupun dia merupakan antara insan yang tersibuk di dunia.
*Dia mampu menjadi pengurus terhebat.
*Dia mampu menjadi perancang terhebat
*Dia mampu menjadi pemodal terhebat

dan apa yang lebih mengkagumkan...

*Dia mampu menjadi isteri terhebat
*Dia mampu menjadi ibu terhebat
*Dia mampu menjadi anak terhebat

 Apa yang hebat sangat? Ooo.. mungkin perkara-perkara di atas kelihatan tidak hebat di mata orang, tapi ia cukup hebat di mata ana..


 Bila ditanya kepadanya, (bukan ana yang tanya, tapi mungkin kawan-kawan Marry yang tanya) "Macam mana awak boleh berjaya dalam banyak perkara? Rumahtangga.. kerjaya.. kehidupan... awak kelihatan sangat cemerlang!"  Jawab marry.."Oohhh..maafkan saya, saya bukan sangat hebat. Tapi ada satu rahsia yang saya boleh kongsi dengan awak. Mungkin itulah rahsia saya sehingga saya perolehi kehidupan sekarang. Kuncinya, SAYA BANGUN SEAWAL JAM 5.00 PAGI SETIAP HARI. Saya bangun awal dan sempat menguruskan banyak perkara. Saya boleh membasuh dan menjemur baju. (Jika rumah tidak terurus, penghuninya juga akan merasa kurang selesa.) Saya juga sempat menyediakan sarapan buat suami dan anak-anak saya. Saya sempat membawa anjing peliharaan saya bersiar-siar. Saya juga sempat meneliti semula segala perancangan saya pada hari itu yang telah saya catatkan sebelum tidur. Pengurusan masa dan perancangan sangat penting. Jika awak bangun awal, awak akan menguasai masa. Tapi awas, jika awak bangun lambat, masa akan mengguasai awak. Awak akan tergesa-gesa dalam hidup awak. Ia adalah sangat tidak seronok. Sebenarnya kehidupan ini perlu dinikmati, jadi rancanglah untuk menikmati hidup awak".


Itulah rahsia Marry.. Jom kita masuk kelab Marry.. Kelab pukul lima.


Sebagai muslim pula, Allah yang menyayangi kita telah lama memujuk kita untuk bangkit awal dari lena. Untuk apa sebenarnya? Untuk kita juga..Allah nak bagi kita hadiah. Beruntunglah kita sebagai muslim, bila melaksanakan ibadah tahajud, kita akan dilimpahi pelbagai lagi manfaat. Tubuh kita akan bertambah sihat, muka kita bertambah ceria dan segar, pernafasan kita juga akan bertambah baik..Subhanallah..insan lain juga akan kagum mendengar parcakapan kita..Hebat betul hadiah dari Allah buat mereka yang menyertai kelab tahajjud ni.. Jom kita tunaikan tahajjud.. Jika tak dapat buat selalu, kita cuba perlahan-lahan.. InsyaAllah, Allah akan bantu kita.. Allah itu Maha Penyayang.Nikmatilah waktu-waktu indah bersama Rabbi... penunggu cinta teragung.






 Allahu rabbi...





No comments:

Post a Comment