marquee

Monday, May 21, 2012

Kuasai dirimu

Assalamualaikum.. Jom share tentang kuasa diri. Kuasai diri untuk mencari Kuasa ILAHI.


Diri kita sebenarnya ada macam-macam kuasa. Kuasa untuk mengawal sesuatu, merancang, mengurus, melaksana dan banyak lagi. Mengikut kajian, ramai orang tak tahu bahawa mereka boleh buat lebih baik daripada apa yang mampu mereka persembahkan sekarang. Hebat bukan. Jadi, kita sepatutnya menguasai diri kita. Namun, agak malang jika diri kita telah dikuasai selain diri kita. Untuk senang faham, ana bagi dua situasi. Ini antara contoh-contoh situasi. Mungkin banyak lagi, ini sekadar yang termampu ana kongsikan.. Jika ana salah mohon tegurkan..Kita berlapang dada kan...


SITUASI orang yang menguasai dirinya:
  • Mereka akan bertindak setelah membuat perancangan dan penilaian yang tersusun.
  • Mereka boleh menerima dengan baik sebarang perubahan pada perancangan.
  • Mereka boleh menerima sebarang kritikan daripada orang sekeliling kerana mereka tahu itulah sumber kekuatan untuk memperkasa kuasa dirinya.
  • Mereka tidak gundah dengan sebarang cabaran atau persaingan daripada orang lain kerana matlamat mereka bukan untuk mengatasi yang lain, tetapi untuk mempertingkatkan kebolehan dirinya tanpa menafikan hak dan kebolehan sahabat yang lain.
  • Matlamat kerja mereka ialah Redha Allah.. Mardhatillah.. 

ILAHI, Anta maqsudi, waridhaka matlubi.. 
(Wahai Tuhanku..Engkaulah matlamatku, dan keredhaanMu amat kuharapkan)

SITUASI orang yang telah dikuasai selain dirinya.
  • Mereka akan bertindak setelah melihat kepada respon dan kata-kata orang sekeliling terhadapnya. Hidupnya dikuasai pengaruh dari luar. ( Perlu difahami, adalah tidak salah kita meminta pendapat orang lain dalam sesuatu urusan, tapi kitalah yang harus membuat penilaian terakhir berdasarkan ilmu yang kita ada, bukan membuat keputusan berdasarkan kata-kata orang lain semata-mata )
  • Mereka tidak boleh menerima dengan baik sebarang perubahan pada perancangan. Mereka cepat kelam kabut kerana tidak yakin dengan kuasa yang ada pada dirinya, iaitu kuasa merancang.
  • Mereka tidak boleh menerima sebarang kritikan daripada orang sekeliling kerana mereka menganggap itulah ancaman buat mereka. Mereka bimbang kelemahan mereka akan terbongkar. (Its really a big MISTAKE).
  • Mereka cepat gundah dengan cabaran atau persaingan daripada orang lain kerana matlamat mereka adalah untuk mengatasi yang lain. Kejatuhan orang disekeliling adalah lambang kekuatan mereka. Di sinilah sebenarnya tempat atau lubuk kelemahan mereka. Mereka sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri. 
  • Matlamat kerja mereka ialah Redha manusia. Ingatlah, tolong jangan membuat sesuatu untuk mencari penghargaan manusia.. kelak kita yang terseksa.(Prof Dr Muhaya selalu pesan ni..).

Selain itu, untuk membina tapak-tapak perubahan, ayuh sama-sama kita audit diri kita. Adakah amalan dan tindakkan kita setiap hari itu menuju kepada syurga atau neraka.. Whether it is GOOD HABITS or BAD HABITS. Kerana pengakhiran kepada dua laluan ini adalah sangat berbeza.


Hari ini buat apa kita dah buat untuk ke syurga? Hari ini apa kita dah buat  untuk ke neraka?
***JOM MUHASABAH DIRI***


 Sebagai kesimpulan yang dapat dibuat, walau dimana tahap kita sekarang, ayuhlah kita sama-sama memasang semangat diri yang baru. Carilah kuasa diri anda. Kerana ia sebenarnya ada pada diri anda sendiri. Jangan takut pada perubahan dan cabaran. Anggaplah cabaran sebagai batu loncatan, bukan penghalang. Adakala dalam hidup ini, kita perlu membuat lompatan yang besar kerana lubang yang besar tak mampu kita lepasi dengan dua lompatan yang kecil. Ayuh berubah ke arah kebaikan diri. Kuasai diri. Kelak anda akan temui KUASA ILAHI.

Allahu rabbi..

No comments:

Post a Comment