Kali ni ana nak share tentang hati.. tapi pendek je. Takpe lah, biar pendek, asalkan bermanfaat..insyaAllah.
Kawan-kawan pernah dengar hadis ni?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad
manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah
seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah
hati.”
-Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
-Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
Tentu kalimat agung Baginda S.A.W ini sudah acap kali diulang dan disebut. Semua orang tahu tentang nilai hati. Ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Pandangan Kekasih pada sekalian hambaNYA. Maha Suci Allah, keadilan dan kasih sayang pada hambaNYA terbukti berpaksikan kepada sabda BagindaSAW yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu".
Subhanallah...Allah itu adil. Sangat adil lagi bijaksana. Rupa paras, penampilan luaran, hiasan pelbagai..itu semua tak penting. Apa yang penting HATIMU. Oleh itu jagalah hati mu kerana ia menentukan tempat destinasi akhirmu..SYURGA atau NERAKA. Mohon dijauhkan daripada tempat yang dahsyat itu..Nauzubillahi min zalik.
Ana juga ada terbaca dalam buku Tazkiyatul Auliaya'. Ada juga menyebut tentang hati. Berpesan Imam al-Junid al-Baghdadi: Hatimu itu rumah Allah. Jangan biarkan yang lain duduk di dalamnya kecuali ALLAH. Subhanallah.. kalimat indah dari kekasih Allah.. Orang yang dekat dengan Allah, kata-kata mereka sangat berkat. Jika tak mampu jadi sehebat mereka, cubalah meniru gaya hidup mereka.. InsyaAllah, Allah bantu kita dan mudahkan urusan kita bila kita niat baik
Allahu Rabbi..
No comments:
Post a Comment