
Sedang ana khusyuk membaca, terbelek helaian di muka 52.. Ada ayat yang menarik hati ana, mencetuskan rasa ingin tahu.. Sangat berhikmah.. Ini mesti ana sebarkan, supaya semua TAHU. Dari TAHU mencetuskan MAHU. Di situ bermula satu proses untuk mengiktiraf keagungan ilmuNYA! Ya, IKTIRAF ANUGERAH.
Satu Cermin Beragam Gambar
Ikhlas ana coretkan kembali setiap kalimah dalam ruangan ini. Moga ada hati-hati yang dapat mengambil manfaat. Itu matlamatnya. Ilmu mesti disebar.
***
Hati manusia ibarat cermin yang tidak melihat selain yang ada di hadapannya. Semua yang diletakkan di hadapan hati kita akan mampu menguasai gerak-geri kita.
Jika kita meletakkan harta di hadapan hati, kita akan melihat dengan jelas harta ini menguasai segala perbuatan kita dan kita pun menjadi pengikut dan pencinta harta. Lebih jauh lagi, apabila kita meletakkan seorang perempuan yang tidak halal di depan mata, maka kita pun akan jatuh di dalam perbuatan haram. Anehnya, ada beberapa orang yang meletakkan banyak gambar di hadapan cermin hati mereka.
Firman Allah SWT:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia cinta kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik."
(Surah Ali Imran: 14)
(Surah Ali Imran: 14)
Dengan keadaan hati yang berhadapan dengan banyak gambar yang saling berhimpitan, mampukah kita menyematkan 'Al-Quran' dan 'cinta Allah' di hadapanNYA? Ya, kita boleh iaitu dengan melazimi solat malam! Melaluinya, kita akan membuatkan cermin hati ini hanya akan menatap satu gambar.
Orang yang mencuba merasakannya sahaja yang akan mengetahui hakikatnya dan orang yang tahu akan mengakuinya. Ibarat gula; kalau tidak dicicipkan, mana kan dapat merasa nikmat kemanisannya. Bukankah demikian?
***
Subhanallah, setiap kalimah agung ilmu Allah ini telah ana tuliskan, walaupun hakikatnya, hanya tinta emas yang lebih layak untuk menukilkan kalimah para ilmuan ini.
SUNGGUH ILMUMU AGUNG YA ALLAH..
Allahu Rabbi...
No comments:
Post a Comment